Hai blogger,
seronok tak minggu ni? nape lak tanya macam ni? hehe biasalah dah dapat gaji...mesti ramai yang tengah sibuk nak shopping.Sekarang kan mega sales...kaum-kaum hawa sudah siap sedia nak membeli belah kat tempat yang tengah sibuk buat sales gila-gila..
saya pun tak lepas kan peluang berbelanja di Jalan T.A.R. sesak sangat. alkisahnya nk cerita la sedikit.
Nak pergi bershopping mesti kena ada duit kan. tpi kad credit pun okay gak, bagi yang ada macam saya ni takda, kena la guna cash.
waktu tengah nak beratur kat mesin atm tu, ada la sorang apek ensem ni berbangsa cina. aku tunggu hampir 10 minit beratur kat atm, tapi dia tak abis lagi keluarkan duit, banyak giler duit apek ni...pas tu aku pun usha-usha la dekat skrin tu, tengok nama tertera nama melayu...eh apesal lak nama melayu ni, muka cina. die dok sibuk tranfer duit kat akaun nama cina...masa tulah aku dapat tangkap yang die ni sebenarnya along. Along yang bagi pinjam duit tu. bukan sikit-sikit die tranfer, ada yang mencecah rm 5000...banyak tu..
kalau kita pinjam along, kad bank kita diorang pegang, jadi apa yang tinggal kat kita? takkan rm10 jer dalam akaun. pada masa tu aku terpikir, kalau ada anak bini, apa yang nak die bagi makan.. dan aku rasa gaji rm5000 ni bukan nyer calang-calang orang yang pinjam..mesti dia berjawatan tinggi.
bila terjadi di depan mata, rasa insaf juga sebab kalau kita susah, mungkin tiada yang nak bantu. Loan pada bank pun, takdalah sampai habis terus duit gaji yang kita untuk sebulan tu...tapi bank pulak, mungkin tak dapat nak bagi pinjam sebab nama dah disenarai hitam. tapi itu ker jalan terakhir yang kita dapat?
sampai bila kita akan terikat dengan duit along ni...kebanyakkan nya nama melayu. kadang kala kesian tengok bangsa sendiri jadi macam ni.ada yang kena bunuh, terjual anak bini,kasihan kan..nak membantu kita sendiri pun tak lepas lagi..so beringat lah masa kita senang, simpanan tu penting. bak kata orang sedikit lama-lama membukit...
peringatan untuk diri sendiri jugak....
Ahad, Julai 25, 2010
Ahad, Julai 18, 2010
tip menahan hawa nafsu...
salam semua,
sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas. lagi beberapa minggu jer semua umat islam akan menyambut bulan baik iaitu ramadan.
so dah ganti belum puasa yang pernah tertinggal, saya pun sekarang ni tengah nak mengantikan puasa, al maklum lah perempuan puasanya memang ada yang tak cukup, tapi kalau lelaki puasa tak cukup macam ner lak tu? mungkin ada alasan yang sebab orang lelaki tak puasa.
jom baca sikit sketsa puasa ni..

Laungan emak kedengaran kuat
segala mimpi segera terencat
rupanya dah lebih jam empat
nak bangun terasa sungguh berat
kalau tak sahur..maka puasa kurang berkat.
dengan mata terkulat-kulat
melangkah longlai ke meja bulat
menghadap juadah yang lazat-lazat
mata yang sepet menjadi bulat
suap-suap hingga perut sendat
perut dah kenyang, mata kembali terpejam rapat,
sebelum terlena sekali lagi memasang niat.
kedengaran emak melaung kuat
bangun! pergi sekolah !hari dah lewat
tak ubahnya kucing yang terperanjat
bingkas bangun tak sempat mengeliat
kalau sampai lambat jawabnya kena piat
takpun didenda kerana datang lambat
lalau bersipa ke sekolah bukan main ligat
didalam kelas mata mula terpisat-pisat
hinggakan kening pun tak terangkat
perut berkeriut badan pun tak larat
apa diajar lansung tak inggat
mujur jugalah ada waktu rehat
dapat tido sekejap jadi pengubat
nak bersukan pun dah tak larat
melempai aja lah hingga waktu penamat
jengah ke dapur untuk melawat
tengok juadah yang emak buat
nampak air sirap iman tergugat
terdengar azan maghrib terus melompat
puasa berakhir dengan selamat
moga-moga mendapat berkat
agak tak sia-sia menjalankan ibadat.
em mesti semua orang pernah rasa macam ni kan..dugaan yang datang time puasa. bila teringat kembali waktu budak sekolah tu, mesti rasa nak kembali zaman tu dan tersenyum mengenankan peristiwa yang belaku..
selamat menyambut bulan ramadan, walaupun masih rasa telalu awal, tapi bahang ramadan tu dah terasa, tengok ajer lah kat televisyen tu, iklan buah kurma yusof taiyoob dah keluar, yelah sebab time puasa ajer majoriti masyarakat kita ni makan kurma. kalau tak memang susah sikit nak dapatkan stok kurma yang fresh dan sedap ni.
guna tangan lebih baik dari guna mulut
hye readers,
semenjak dua menjak ni, kerja makin hari makin bertimbun kat pejabat sampaikan masa yang ada 24 jam ni nak keje jer. korang pernah rasa macam tu.?
kerjsama dalam satu pejabat mungkin akan meringankan tugas kita dan segala kerja jadi mudah.betul ker sistem macam tu?
kalau nak diikutkan, memang lah boleh macam tu, tapi sape yang nak tolong kita buat macam tu?mungkin ada insan yang baik hati akan menawarkan diri untuk membantu, tapi tak banyak yang macam tu. bila kerja banyak, masing- masing akan mula rasa tekanan, rasa bebanan, tapi masih lagi boleh berbual-bual kosong, cerita dari satu perihal kepada satu perihal dan mengambil masa tanpa sedar selama 3 jam. yelah bila cerita sedikit ditambah dengan pelbagai perasa, jadi lagi sedap cerita tu kan.
pas tu buat muka tension depan kita, korang rasa bengang tak? hehe aku ni bukan lah pekerja yang tidak berbual dengan orang atau terasing dengan orang lain, tapi tangan tetap jalan buat kerja walaupun cerita tu aku sampuk sikit-sikit.

Sabtu, Julai 17, 2010
bila harga barang naik, apa yang korang rasa?
salam semua
mesti ramai yang dah tahu kan, tentang harga barang naik..bila jadi macam ni, apa yang korang fikir?
jom kita share sikit, pendapat anda semua? ramai ker yang bersetuju...
bagi saya kenaikan kali ni, tak lah membebankan sangat sebab kenaikan yang sedikit berbanding dahulu yang naik mendadak tiba-tiba.. mungkin kita masih lagi bertuah sebab berbanding dengan negara maju, negara kita masih boleh menikmati segalanya dengan murah...
so readers, apa pendapat korang pulak?

Sabtu, Julai 10, 2010
menu hujung minggu
hye readers,
salam...
kan best hujung minggu ni kita cuti bersama keluarga, rakan-rakan. dan yang tersayang kat kampung halaman..
sapa yang ada kampung yang best mesti seronok kan boleh menenangkan minda dan jiwa yang kepenatan bekerja.
sekarang ni musim buah-buahan tempatan, mesti best kan kumpul reramai..
kat kampung saya sekarang musim buah durian dengam rambutan. ada antara kita yang tak suka dengan durian, nape? durian itu merupakan raja buah yang sangat sedap, manis. Ada yang alergik bau durian, ada yang kata busuk..betul ker?
memandangkan saya kat kampung sekarang ni, mama dan saya nak buat hidangan berasaskan durian..saper pernah dengar lempuk durian. Bagi Yang dah biasa, mesti mereka tahu kan cara nak buat. Tapi Kalau korang nak resipi, jom kita share sesama, mana lah tahu pas ni boleh mencuba dan merasai sendiri kenikmatan durian itu..
Bahan-bahan die sangat senang:
5 Biji Buah durian
1 kg Santan
1 cawan tepung pulut
cara nak buat:
1. semua bahan tadi kita campurkan dan masukkan ke dalam kuali. Kita kacau sehingga isi durian tadi tertanggal dari biji durian..
2.kita tunggu sehingga betul pekat dan sejukkan.
3.boleh dihidangkan atau akan macam tu jer. Makan dengan roti jala pun best
senang kan. oh yer, durian tu kita ambil isinya jangan ambil dengan kulitnya pulak..kang ada lak yang tak menjadi resipi tetap masuk hospital..Gula tak perlu sebab durian tu sendiri dah manis, nanti terlalu manis tak boleh nak makan.ada penyakit lain pulak yang timbul.
selamat mencuba...ni resipi warisan dari nenek saya.

Langgan:
Catatan (Atom)