hye readers, salam jumaat
kalau korang bercinta cintun, ada tak boyfee korang minta korang belanja die. em memanglah tak salah kalau sekali sekala kita give and take kan. takkan asyik lelaki ajer nak belanja sian lak golongan adam ini..tapi selalunya orang akan cakap perempuan ni pisau cukur sebab asyik minta macam-macam ajer kat si lelaki dan paling sedih nya bila duit dah abis tinggal kan macam tu jer. ish2 macam hal.
tapi sekarang ni, bukan ajer pompuan pisau cukur, tetapi lelaki gak. ini bukan iklan gilette okay..huhu..semalam aku ada terbaca satu artikel dalam satu akhbar, perempuan ni sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang di cintai. bak kata pepatah, abis madu, sepah dibuang. Tapi bukan kumpulan SEPAH Raja lawak tu tau.tak memasal aje nama sepah naik..maaf yer, entri ini tidak ada kena mengena dengan sesapa okay, cuma nak ulas cikit aja tentang isu itu.
lelaki yang pisau cukur ini, orang nyer seperti apa yer? adakah seorang yang sangat ensem atau seorang yang pandai berkata-kata sehingga cair pompuan itu. cair hati nya tau. tapi kadang kala kecian gak kan kat pompuan yang tertindas, disebabkan lelaki abes semua duit, dan segala macam bagi kat lelaki tu, bila tak dapat apa yang di minta.. ha mula la nak ugut cakap nak tinggalkan..adoyai, zaman sekarang ni macam-macam manusia dan ragam yang ada kan. kita kena bijak menilai orang itu kan. kalau tidak confirm kita akan di tipu. kat radio era pun ada gak luahan hati yang di buat oleh pak nil tentang bekas masing- masing. sampai ada yang berhabes beribu ringgit hanya untuk seorang lelaki yang dikatakan mencintai..
kadang kala takut juga peristiwa macam ni jadi pada diri sendiri, so pas ni dan akan datang, tak mo bagi duit pada sapa yang nak pinjam..biarlah orang kata hj bakhil..tapi pada yang dah lama kenal tu, boleh la pinjam.kang terjadi lak peristiwa kata kita sombong.tapi jangan lupa ganti tau. tapi i ni bukannya orang kaya nak bagi pinjam.hehehe...
wahai kaum adam, jangan tersentap yer dengan entri ni..just bertukar pendapat dengan korang semua.
Lelaki pisau cukur vs pompuan pisau cukur.
BalasPadamsebenarnya, anythings can happen. bila da bercinta, apa2pun sanggup dikorbankan, tak kisah lah lelaki@pompuan. Apa2pun, kita sendiri lebih tahu menilai pasangan kita tu mcmn.
em betul2, tapi zaman sekarang ni kena hati-hati kan.
BalasPadam