Photobucket

Friendship

Isnin, Ogos 02, 2010

bila penderma dah pandai demand..

hi semua, entry kali ni saja nak berkongsi rasa dengan semua. Yelah, sekarang ni macam-macam kan perangai yang ada, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang nampak baik, bak kata orang macam-macam ada.

hari tu sewaktu saya nak ke ATM mesin, ada elibat anak kecil yang sangat comel, sambil memegang sesuatu di tangannya. hati terdetik melihat anak kecil berusia 8 tahun berjalan seorang diri, membawa beg di sisi. Bukan kah di waktu begini, mereka berada di sekolah menimba ilmu di dada. dimanakah ibu dan ayah kanak-kanak ini.

adik kecil ini bersahaja jer tanpa ada rasa takut, rasa malu.bayangkan adik2 kita jadi macam ni, terbiar..kesian nyer melihat. tapi mereka ni berpakaian yang cukup sempurna dengan baju melayu, songkok. Takkan budak terbiar boleh berpakaian secantik macam ni,
Aku ni pulak sahaja lah lalu di hadapan si kecil ni, rupanya die tengah mengumpul derma untuk sekolah anak yatim di sebuah negeri di utara.Bayangkan sedikit punya jauh meminta derma untuk sekolah, tapi logik ker budak berusia 8 tahun boleh mengembara begitu jauh seorang diri.

aku pun mula lah nak keluarkan dari poket aku ni sedikit wang berjumlah rm 2, anda semua tahu apa yang di perkatakan, KAK, RESIT NI HANYA AKAN DIBERI APABILA AKAK MENDERMA SEBANYAK RM 10. ha!!!aku dengan rasa terkejut mendengar die berkata-kata.aku pun apa lagi, aku tegur die, dik orang kalau nak derma tak kisah berapa, janji die ikhlas.

saper lah yang sanggup melakukan perbuatan yang macam ni..kalau benar die anak yatim, berdosa kan kita melakukan perkara demikian untuk menguntungkan kita..
aduhai, seribu kali sayang bila perkara ini terjadi semakin berleluasa..apa yang langkah kita perlu buat supaya negara kita bersih dr sebarang kejadian yang tidak patut berlaku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan