Photobucket

Friendship

Ahad, Julai 25, 2010

fikir dulu baru buat ...

Hai blogger,

seronok tak minggu ni? nape lak tanya macam ni? hehe biasalah dah dapat gaji...mesti ramai yang tengah sibuk nak shopping.Sekarang kan mega sales...kaum-kaum hawa sudah siap sedia nak membeli belah kat tempat yang tengah sibuk buat sales gila-gila..

saya pun tak lepas kan peluang berbelanja di Jalan T.A.R.  sesak sangat. alkisahnya nk cerita la sedikit.
Nak pergi bershopping mesti kena ada duit kan. tpi kad credit pun okay gak, bagi yang ada macam saya ni takda, kena la guna cash.

waktu tengah nak beratur kat mesin atm tu, ada la sorang apek ensem ni berbangsa cina. aku tunggu hampir 10 minit beratur kat atm, tapi dia tak abis lagi keluarkan duit, banyak giler duit apek ni...pas tu aku pun usha-usha la dekat skrin tu, tengok nama tertera nama melayu...eh apesal lak nama melayu ni, muka cina. die dok sibuk tranfer duit kat akaun nama cina...masa tulah aku dapat tangkap yang die ni sebenarnya along. Along yang bagi pinjam duit tu. bukan sikit-sikit die tranfer, ada yang mencecah rm 5000...banyak tu..

kalau kita pinjam along, kad bank kita diorang pegang, jadi apa yang tinggal kat kita? takkan rm10 jer dalam akaun. pada masa tu aku terpikir, kalau ada anak bini, apa yang nak die bagi makan.. dan aku rasa gaji rm5000 ni bukan nyer calang-calang orang yang pinjam..mesti dia berjawatan tinggi.

bila terjadi di depan mata, rasa insaf juga sebab kalau kita susah, mungkin tiada yang nak bantu. Loan pada bank pun, takdalah sampai habis terus duit gaji yang kita untuk sebulan tu...tapi bank pulak, mungkin tak dapat nak bagi pinjam sebab nama dah disenarai hitam. tapi itu ker jalan terakhir yang kita dapat?

sampai bila kita akan terikat dengan duit along ni...kebanyakkan nya nama melayu. kadang kala kesian tengok bangsa sendiri jadi macam ni.ada yang kena bunuh, terjual anak bini,kasihan kan..nak membantu kita sendiri pun tak lepas lagi..so beringat lah masa kita senang, simpanan tu penting. bak kata orang sedikit lama-lama membukit...
peringatan untuk diri sendiri jugak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan