Photobucket

Friendship

Ahad, Julai 18, 2010

tip menahan hawa nafsu...

salam semua,
sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas. lagi beberapa minggu jer semua umat islam akan menyambut bulan baik iaitu ramadan.

so dah ganti belum puasa yang pernah tertinggal, saya pun sekarang ni tengah nak mengantikan puasa, al maklum lah perempuan puasanya memang ada yang tak cukup, tapi kalau lelaki puasa tak cukup macam ner lak tu? mungkin ada alasan yang sebab orang lelaki tak puasa.

jom baca sikit sketsa puasa ni..

Laungan emak kedengaran kuat
segala mimpi segera terencat
rupanya dah lebih jam empat
nak bangun terasa sungguh berat
kalau tak sahur..maka puasa kurang berkat.

dengan mata terkulat-kulat
melangkah longlai ke meja bulat
menghadap juadah yang lazat-lazat
mata yang sepet menjadi bulat
suap-suap hingga perut sendat
perut dah kenyang, mata kembali terpejam rapat,
sebelum terlena sekali lagi memasang niat.

kedengaran emak melaung kuat
bangun! pergi sekolah !hari dah lewat
tak ubahnya kucing yang terperanjat
bingkas bangun tak sempat mengeliat
kalau sampai lambat jawabnya kena piat
takpun didenda kerana datang lambat
lalau bersipa ke sekolah bukan main ligat

didalam kelas mata mula terpisat-pisat
hinggakan kening pun tak terangkat
perut berkeriut badan pun tak larat
apa diajar lansung tak inggat
mujur jugalah ada waktu rehat
dapat tido sekejap jadi pengubat

nak bersukan pun dah tak larat
melempai aja lah hingga waktu penamat
jengah ke dapur untuk melawat
tengok juadah yang emak buat
nampak air sirap iman tergugat

terdengar azan maghrib terus melompat
puasa berakhir dengan selamat
moga-moga mendapat berkat
agak tak sia-sia menjalankan ibadat.


em mesti semua orang pernah rasa macam ni kan..dugaan yang datang time puasa. bila teringat kembali waktu budak sekolah tu, mesti rasa nak kembali zaman tu dan tersenyum mengenankan peristiwa yang belaku..

selamat menyambut bulan ramadan, walaupun masih rasa telalu awal, tapi bahang ramadan tu dah terasa, tengok ajer lah kat televisyen tu, iklan buah kurma yusof taiyoob dah keluar, yelah sebab time puasa ajer majoriti masyarakat kita ni makan kurma. kalau tak memang susah sikit nak dapatkan stok kurma yang fresh dan sedap ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan