Friendship

Selasa, Ogos 31, 2010

merdeka ke 53

hai malaysia,
hari ni negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun, itu bermakna kita bebas penjajah selama 53 tahun. syukur kan sebab malaysia ni negara aman damai tapi sekarang ni macam dah nak huru hara apabila masyarakat sekarang memainkan isu perkauman. tak serik ke nak hadapi peristiwa 13 mei. darurat. ish tak dapat aku nak bayangkan macam mana lah keadaan kita ketika itu. mampu ke kita bertarung seperti zaman dahulu.

merdeka kali ini lagi istimewa, yelah ketika semua umat islam menyambut bulan ramadan masa ni juga kita meraikan hari merdeka.

kenangan paling best time merdeka ni, aku rasa sambutan percikan bunga api yang menghiasi langit. rasa seronok kan. tapi takkan setakat bunga api jer kan, ish aku ni, tak menghayati lansung. tapi aku juga merasa bertuah sebab dilahirkan di dalam bulan kemerdekaan. tapi belum la mencecah 53,baru 20 an. seronok juga sebab semua orang mengingati tarikh yang sama pulak dengan hari jadi kita,syukur alhamdunillah.

aku berharap semoga merdeka kali ni, lebih bermakna dan semangat perpaduan antara satu dengan lain terus dikekalkan. yelah, jangan memainkan agama bangsa lain, rasa macam kurang sopan dan terhina pulak bila orang bukan islam menjejakkan kaki ke rumah ALLAH, dan kita sebagai umat islam pulak mendoakan kesejahteraan kaum bukan islam. aku harap lepas ni jangan lah sebabkan politik, isu yang sensitif ni di buat main-main.


Ahad, Ogos 22, 2010

mengimbau kenangan silam

hai semua, assalamualaikum,

tengah duduk lepak2 sambil berehat, tetiba jer teringat kenangan zaman dahulu dari kanak-kanak ke alam persekolahan.Banyak kenangan pahit manis aku lalui, Dan aku juga pasti kamu semua mesti ada pengalaman macam tu kan.

zaman kanak-kanak adalah zaman paling seronok. yelah zaman kita bermain bersama kawan-kawan, macam-macam permainan yang dicipta yang menyeronokan. masa kanak-kanak kita bebas dari segala masalah.alangkah seronok nya melihat kanak-kanak bermain , tambahan pulak masa nak raya, riuh rendah kampung tu dengan berlumba-lumba membakar mercun.

zaman berlalu meninggalkan zaman kanak-kanak, kita menempuh zaman remaja. masa ni lah kita mula mengenal dunia luar, dunia lepak -melepak, berjalan-jalan tengok wayang dan zaman ni lah bermulanya cinta monyet. setiap insan merasai cinta monyet tu, ada yang kekal ke alam perkahwinan dan ada juga yang terputus di tengah jalan.Masa ni jugalah remaja perempuan, akan belaja berfesyen.aku juga tidak ketinggalan merasai semua itu. sampaikan sanggup simpan duit belanja yang mak bagi nak beli barang yang aku suka. kelakar betul bila teringat balik.

zaman dewasa,aku lalui dengan berbagai-bagai dugaan yang datang, mungkin inilah cabaran menempuh alam dewasa. belajar ke menara gading mendapatkan segulung ijazah, kemudian bekerja. Tekanan di tempat kerja. pergaulan dengan orang disekeliling. zaman bercinta ketika dewasa ni mematangkan fikiran bila kita putus cinta. haha mungkin bukan jodoh yang sesuai..zaman bekerja inilah aku harus mengumpul kan harta, yelah takkan dah tua nanti baru nak cari harta,tapi aku juga hartus beringat harta dunia dan akhirat ni mestilah seimbang, bila aku mempunyai rezeki yang lebih aku kena ingat orang yang memerlukan bantuan.Sombong dan bongkak ini selalunya tidak lama. bila bekerja, aku rasa macam nak bekerja sendiri, yelah bekerja dibawah orang ni kita akan ada banyak tekanan, sama ada kita sanggup atau tak jer,baru kita boleh berjaya. tapi mak aku selalu pesan, kita bekerja mencari rezeki,bersyukur dengan apa yang dah aku miliki.Bekerja sendiri tu tak salah, tapi kalau tiadal pengalaman, mana mungkin kita boleh mengendalikan sebuah perniagaan.

perjalanan aku masih baru, mungkin dugaan yang lagi hebat akan aku tempuhi...aku kena memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang, tapi orang selalu cakap, sesekali kita kena tinjau ke belakang sebab taknak terjadi perkara yang sama berulang kali. betul kan.

Jumaat, Ogos 20, 2010

aiz dan contest,, jomlah

apo koba waghieh yang sodang berposo.steady laie kan, baru jo tongahari,jangan nak poie curik-curik jongok kek dapur tu, makruh ni bilo terbau masakan.

Tadi maso den tongah jenjalan kat laman sesawang ni, den lihat ado satu blogger ni nak bagi kek pembaco yang menjadi pengikut dio ajo, jadi nyo kepado sesiapo yang bolum jadi, moh kito poie ghamai-ghamai kek blog dio ni, manolah tahu bak kato orang untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Korang boleh jadi campion kek contest dio ni ko.

Syarat eh sonang sangat,Semudah ABC,Kito hanyo perlu menulih mengenai tuan punya blog, pastu, korang link kek blog dio macam biaso lah tapi jangan lupo guno loghat nogori yang korang tengah bermastautin ni, kalau kek pakistan ko guna lah bahasa pakistan biar tuan empunyo tu poning campur biol skojap sobab banyak bonar bahasa yang ada. hahaha,okay gak idea den yang bernas ni.

sejarah awal perkenalan ngan mamat ni,JENG JENG Macam suspen jo kan. Alkisah nya maso den tengah berjalan-jalan dan berjalan kek blog orang lah yang den terjumpo dio ni sobab namo blog eh tu sangat unik. Unik bukan apo lah kan, den ni gomar minum ais kacang so bilo den terjumpo nama aizbatucampur ni den ingat orang nak bagi resipi, rupo eh pelukis yang suko menconteng kek mano-mano yang dio rasa nak lukis termasuk lah kek kasut sekolah dio ni.aduhai dah parah tahap kritikal dah budak ni, tapi kemahiran eh tu, memang pueh hati lah sapo yang order.bilo den dah baco entri demi entri den pun soka bonar kek entri budak ni yang sangat sempoi, kalau dio nak smash orang yang dio tak pueh hati dio bantai jo, sapo nak marah.blog dio suko hati dio lah kan.

kalau lah den monang contest ni, den nak gak ada header yang cantik,cute-miut ala-ala fairy tale gitu. pas tu den nak suruh aiz ni lukis keluarga den, kereto den, hobi den tapi siri animation cartoon, tak pun ala-ala karakter bertudung, ontah dio paham ko tak apo yang den nak ni. den bukan apo lah kan, kalau ikut tajuk tu, kembara alam maya, jadi kito ni dah menerjah ke dunia yang tanpa sempadan, so aiz den harap ko paham lah, tapi den kalau boleh colour tu biar ekau pilih sobab kau designer, mesti cantik punyo ko drawing.

den buek pantun untuk ko ni aiz,
    
duo tigo kucing berlari,
berlumbo-lumbo nak jadi best,
duo tiga dah den cari,
aizbatucampur jugo yang paling best.

undilah aiz untuk munchy music

Khamis, Ogos 19, 2010

apa dah jadi ngan roslin hashim

hye readers,

tadi terbaca di akhbar tentang roslin hashim, mesti kita semua kenal kan sape roslin hashim tu? em baru jer dalam tahun ni tergempar dengan cerita perkahwinan yang bertahan hanya 12 hari, kali ini kisah perkahwinan nyer muncul lagi. Tambahan pula, mereka bertemu semasa roslin di hotel bersama raja azmi, isteri kepada jailani.

Aduhai, apakah kaum lelaki telah menyalah  gunakan kuasa talak yang ada pada mereka, takkan baru jer kahwin dah nak cerai sebab masalah -masalah yang kecil, macam tak patut jer kan. Tapi siapalah kita nak menghakimi perkara macam ni, tapi rasa macam pelik pulak. Kahwin cerai ni dah macam mainan pulak kan, kalau tak nak kawin tak payah lah berhabis duit buat kenduri dan macam-macam lagi. Tak memasal jer dapat pangkat yang paling ditakuti oleh kaum hawa, iaitu JANDA. gelaran tu bukan lah jahat, tetapi masyarakat kita sering memandangs erong terhadap perempuan yang berstatus macam ni. Mereka ni tak jahat kalau lelaki tak menggatal kan.

Mungkin bagi yang ada masalah, mereka ni boleh mendapatkan pandangan kaunseling, ataupun pakar motivasi tentang masalah yang mereka hadapi ni kan. Nanti bila dah lama sangat terpendam, timbul cerita lain pulak. Dah jadi kes bunuh sebab tekanan perasan. Tengok saje kat berita tu, sanggup bunuh isteri sendiri, simbah asid kat darah daging sendiri, apa puncanya terjadi tragedi macam ni tentunya punca tekanan,cemburu. Bahaya kan bila terjadi macam ni. Menyesal pun dah tak guna sebab semuanya dah berlaku.






Ahad, Ogos 15, 2010

nak cantik tapi berhati-hati

hye reader, salam sejahtera
just nak share dengan yang lain tentang produk kecantikan. Semua wanita mengidamkan muka cantik, badan lansing walaupun dah berumur.
sekarang ni dah macam-macam barangan kecantikan dijual dipasaran dan promotion di tv pun banyak.Macam-macam produk yang boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tapi betul ker berkesan. Sampaikan ada barang tu di jual pada kadar harga yang berbelas ringgit jer, pas tu model nyer memang cun aje. cuba kalau tak cun, mana leh jadi model kan.
So kepada sesiapa yang ada menggunakan produk ini, dinasihatkan supaya berhati-hati takut akan dapat efek yang tidak elok seperti kanser kulit sebab bahan ini di sahkan mengandungi racun.
INFO


Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan



Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

•Kintop
•Body Beaus
•BMI-9 Xylimming Capsule
•Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
•Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

•Obexlim
•Slimax Coffee
•Beaute Fit Body Contour
•Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
•357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
•Makjun Taufiq Dua Istimewa
•Majun Dua Istimewa
•Ginseng Jin Fui Wan
•Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
•Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
•Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
•Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
•Makjun Syafiq 3 Istimewa
•Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
•Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
•Eriesya Spa Beauty Cream
•Atika Beauty Renewal Cream
•Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
•Ratna Sari Whitening Night Cream
•Tia Amelia Krim Jeragat
•Chantique Whitening Night Cream
•RZAC White Pearl Cream
•Nuriz Day and Night Cream
•Elite Rias Er Cream
•R&Z Whitening Night Cream
•Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
•Pigmentation Recovery Complex
•Zara Rejuvenation Cream
•Natasya Krim Herba Gold
•De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
•Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
•Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
•Qian Tong Dan
•Raja Ubat Resdung
•Coral Plus UA 350MG

hOPE pas ni takda la blogger yang membeli barangan yang membahayakan ni.

Sabtu, Ogos 14, 2010

perginya seorang blogger

assalamulaikum

al-fatihah

berita mengejutkan untuk blogger,masa aku ngah berblogwalking tadi, aku terbaca kat dahlia journal punya entri.
kalau korang nak baca lebih lanjut, jom kita ke blog nier80.blogspot.com.Arwah terlibat dengan kemalangan di kelantan semasa menziarahi datuk nya yang sakit. Bila pergi ke zazatheblogger.blogspot.com aku terbaca entri arwah yang terakhir sebelum arwah bertolak ke kelantan. rasa sayu jer. semoga roh beliau di cucuri rahmat.amin
kepada keluarga arwah, semoga tabah menempuhi dugaan yang datang tanpa kehadiran insan tersayang di sisi sempana hari lebaran yang datang.

mangsa korban di bulan ramadan

assalamualaikum, semua blogger.

AL-FATIHAH,
kelmarin kita digemparkan dengan kejadian ribut taufan yang melanda di bazar ramadan di jasin. Begitulah peristiwa yang pertama berlaku pada bulan ramadan tahun ini pada minggu pertama ramadan yang baru beberapa hari. Kuasa tuhan memang tidak boleh kita ramalkan. Kejadian yang berlaku sekelip mata, meragut 3 nyawa dan 18 yang cedera. Mungkin itu satu petanda untuk umat islam. Jom kita lihat video yang memaparkan lokasi di tempat kejadian. Semoga Peniaga di bazar ini tabah menempuh dugaan yang diberikan, dan kita sebagai umat islam berdoa meminta dijauhkan kejadian sebegini.Mungkin ada hikamh di sebalik kejadian ini.


Rabu, Ogos 11, 2010

bila al-quran mula bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Ahad, Ogos 08, 2010

minum pun dapat hadiah..mudah kan

hye readers

Berita baik untuk mereka yang suka sangat minum susu..dutch lady nak beri hadiah sempena aidilfitri yang akan menjelma. caranya sangat mudah hanya perlu 2 langkah kita dah boleh dapat hadiah.

1) kumpul bukti pembelian
2)tebus hadiah mengikut point yang kita kumpul.

mudah kan..jom join  sekarang, lagi banyak kita minum, lagi banyak hadiah kita boleh menang.

hari mantai datang lagi...

hai semua, salam satu malaysia,

bulan ramadan akan menjelma, maka semua umat islam sibuk bersiap sedia membeli barangan keperluan untuk bersahur. Rasa sekejap jer kita melalui tahu 2010 ni. Bulan mulia ni, berbagai kenduri kendara dilakukan di masjid, di rumah untuk meraikan kehadiran bulan ramadan.

bagi saya pulak, di negeri sembilan, setiap kali tibanya bulan ramadan, maka orang kampung akan sibuk membuat majlis yang di panggil mantai. korang tahu ker ape tu mantai? mantai ni merupakan hari keramaian yang mana semua sanak saudara berkumpul beramai-ramai untuk memasak dan menyembelih lembu atau kerbau untuk di masak dan di makan bersama-sama. masa ni lah kita akan berpakat untuk membuat lemang, ketupat, rendang. Masa ni sangat seronok sebab dapat kumpul beramai-ramai, dah macam nak raya pulak kan.

kalau korang semua lalu jalan ke negeri sembilan, mesti korang dapat lihat betapa ramai nya peniaga menjual daging-daging segar di tepi jalan, dan pembeli menawar harga dengan harga yang mereka rasa sesuai. suasana macam ni masih lagi diamalkan di kampung-kampung di negeri sembilan. cara masyarakat negeri sembilan menyambut bulan ramadan dengan meriah. seronok sangat.

Isnin, Ogos 02, 2010

bila penderma dah pandai demand..

hi semua, entry kali ni saja nak berkongsi rasa dengan semua. Yelah, sekarang ni macam-macam kan perangai yang ada, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang nampak baik, bak kata orang macam-macam ada.

hari tu sewaktu saya nak ke ATM mesin, ada elibat anak kecil yang sangat comel, sambil memegang sesuatu di tangannya. hati terdetik melihat anak kecil berusia 8 tahun berjalan seorang diri, membawa beg di sisi. Bukan kah di waktu begini, mereka berada di sekolah menimba ilmu di dada. dimanakah ibu dan ayah kanak-kanak ini.

adik kecil ini bersahaja jer tanpa ada rasa takut, rasa malu.bayangkan adik2 kita jadi macam ni, terbiar..kesian nyer melihat. tapi mereka ni berpakaian yang cukup sempurna dengan baju melayu, songkok. Takkan budak terbiar boleh berpakaian secantik macam ni,
Aku ni pulak sahaja lah lalu di hadapan si kecil ni, rupanya die tengah mengumpul derma untuk sekolah anak yatim di sebuah negeri di utara.Bayangkan sedikit punya jauh meminta derma untuk sekolah, tapi logik ker budak berusia 8 tahun boleh mengembara begitu jauh seorang diri.

aku pun mula lah nak keluarkan dari poket aku ni sedikit wang berjumlah rm 2, anda semua tahu apa yang di perkatakan, KAK, RESIT NI HANYA AKAN DIBERI APABILA AKAK MENDERMA SEBANYAK RM 10. ha!!!aku dengan rasa terkejut mendengar die berkata-kata.aku pun apa lagi, aku tegur die, dik orang kalau nak derma tak kisah berapa, janji die ikhlas.

saper lah yang sanggup melakukan perbuatan yang macam ni..kalau benar die anak yatim, berdosa kan kita melakukan perkara demikian untuk menguntungkan kita..
aduhai, seribu kali sayang bila perkara ini terjadi semakin berleluasa..apa yang langkah kita perlu buat supaya negara kita bersih dr sebarang kejadian yang tidak patut berlaku..