Photobucket

Friendship

Sabtu, Julai 10, 2010

menu hujung minggu

hye readers,

salam...

kan best hujung minggu ni kita cuti bersama keluarga, rakan-rakan. dan yang tersayang kat kampung halaman..
sapa yang ada kampung yang best mesti seronok kan boleh menenangkan minda dan jiwa yang kepenatan bekerja.
sekarang ni musim buah-buahan tempatan, mesti best kan kumpul reramai..

kat kampung saya sekarang musim buah durian dengam rambutan. ada antara kita yang tak suka dengan durian, nape? durian itu merupakan raja buah yang sangat sedap, manis. Ada yang alergik bau durian, ada yang kata busuk..betul ker?

memandangkan saya kat kampung sekarang ni, mama dan saya nak buat hidangan berasaskan durian..saper pernah dengar lempuk durian. Bagi Yang dah biasa, mesti mereka tahu kan cara nak buat. Tapi Kalau korang nak resipi, jom kita share sesama, mana lah tahu pas ni boleh mencuba dan merasai sendiri kenikmatan durian itu..

Bahan-bahan die sangat senang:

5 Biji Buah durian
1 kg Santan
1 cawan tepung pulut

cara nak buat:
1. semua bahan tadi kita campurkan dan masukkan ke dalam kuali. Kita kacau sehingga isi durian tadi tertanggal dari biji durian..
2.kita tunggu sehingga betul pekat dan sejukkan.
3.boleh dihidangkan atau akan macam tu jer. Makan dengan roti jala pun best



senang kan. oh yer, durian tu kita ambil isinya jangan ambil dengan kulitnya pulak..kang ada lak yang tak menjadi resipi tetap masuk hospital..Gula tak perlu sebab durian tu sendiri dah manis, nanti terlalu manis tak boleh nak makan.ada penyakit lain pulak yang timbul.
selamat mencuba...ni resipi warisan dari nenek saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan