Friendship

Rabu, Mei 26, 2010

thank for shamrin for show


hye readers,

nak jawab tag dari sham, sori sebab lewat. Tapi sham ni tag macam ahli nujum lak yelah macam tahu ajer aku tengah happy2 berbunga-bunga. T___T

1. Adakah anda happy sekarang ?
 Aah, sangat happy sambil senyum

2.Kenapa anda happy??
Kenapa yer aku happy...sebab aku dapat kerja dalam sektor awam. yahuu..

3.Apa yang membuatkan anda happy??
  • sebab semua orang happy , jadi aku happy
  • orang yang tersayang dapat sambung study n same time saya dapat keje gov
 4.Pernahkah anda menerima TAG??
pernah dari cik pensel kontot..Ada gambar blink2 lagi..meriah


5. Nyatakan warna yang anda suker??
warna ni ada macam2 seperti pelangi, tapi yang paling best sekali
  • pink colour semestinya
  • biru yang mendamaikan
  • hijau yang menenangkan
  • kuning melambangkan negeri ku
 6. Berikan kepada 6 orang yg kamu mahu tag.
wahai blogger2 sekalian, sila lah ambil tag ini sebab anda semua memang best. semua entri anda memang best. Hope kita bagi sokongan pada kawan2 yang buat tag-mengetag ni. okay..enjoy la.






2010 ada ong.

hye readers,

sekian lama menunggu akhirnya penantian ini akan berakhir. Dah berpuluh-puluh kali aku pergi, redah hujan panas. Berhabes duit nak pergi, yelah kalau takde duit macam ne nak bayar tambang kan. hehehe.

Apa benda la yan aku bebel ni. Hari isnin 24 mei aku dapat panggilan telefon yang memberitahu yang aku diterima bekerja didalam sektor awam. Terkejut, sedih, gembira semua ada sampai terkedu aku tidak terkata. syukur alhamdunillah.

hari ni, 26 mei 2010 hari terakhir aku bekerja di tempat kerja aku sekarang..sedihnya memang tak terkata. Yelah, dah lama kita duduk kat sini, dah banayk pengalaman pahit manis kita tempuh dan kita beralih angin untuk menerima suasana baru. memang betul patah tumbuh hilang berganti. Aku berharap, lepas ni, pihak pengurusan akan mengambil seorang kerani yang lebih cekap, pandai dan boleh buat semua kerja tanpa perlu banyak bimbingan.

Mungkin hikmah kesabaran aku ni, dibalas dengan kegembiraan yang tak terkata. Jun 2010 aku akan memulakan tugas aku sebagai orang baru, di tempat baru, kawan baru. Takut juga rasanya berada di tempat orang yang kita memang tak kenal sesapa.

tapi perasaan aku tu semua pada permulaan seperti aku bekerja dahulu, mula-mula akan terasa kekok, lama-lama kita akan terbiasa. Aku harap semua nya berjalan dengan lancar.

untuk semua kawan-kawan blogger yang saya sayang, doakan untuk saya agar semua nya berjalan lancar. AMIN.



Isnin, Mei 24, 2010

semua sanggup

hye readers,

zaman sekarang ni, takda benda yang tak sanggup kalau habuan nya besar. memang tak semua orang macam tu, tapi ada segelintir yang macam tu kan.

kawan sanggup khianat kawan semata-mata sebab duit. Anak sanggup bunuh ibu bapa nya sebab duit. Pekerja rasuah semua sebab duit. Duit ni besar kuasa nya, kalau takda duit orang tak pandang kita. Semua barang yang kita nak semua nya guna duit. Bukan macam zaman dahulu yang guna sistem barter. Semua orang akan kelabu mata bila nampak duit yng banyak depan mata, sapa yang tak nak duit free. Tapi betul ker duit tu free? Orang gila mana yang sanggup bagi duit beribu-ribu secara percuma. Semua orang tak payah kerja kalau dah ada orang yang bagi duit, duduk senang lenang,goyang kaki.

Tapi sanggup tak kita khianat kawan yang kita kenal sejak kecil, membesar sesama, susah senang sama-sama. rasanya orang yang ada sifat belas kasihan ni dia takkan sanggup buat macam tu. Tapi inilah yang terjadi, yang saya lihat depan mata. Mereka ni sangat baik sehingga dapat membuka perniagaan bersama-sama. boleh tak bayangkan betapa kamcing nyer mereka ni. Tapi sebabkan duit, mereka berbalah. dahulu ketika susah, sesama mencari jalan keluar, tapi bila masing-masing berada pada kedudukan yang agak selesa, mula lah timbul macam-macam hal. Disebabkan seorang insan lain yang muncul entah dari mana, menawarkan pekerjaan, menjadi bos, dengan tiba-tiba, imbuhan yang dapat pun bukan sikit2. mencecah ratusan ribu.

ish-ish apa akan jadi, bila orang yang baru kenal kita lebih percaya dari orang yang dah 40 tahun kita kenal. Kita insan yang melihat nak tegur tak boleh sebab siapa kita pada diowang. Nanti dikatakan penyibuk tidak bergaji pula. Hanya mampu melihat dan berdoa supaya kesedaran dan keinsafan kembali. Takkan pasal duit, imbuhan pada setiap ahli keluarga menjadi niat utama untuk berpecah belah. Kalau kita jatuh, pada siapa kita nak mengadu selain dari kawan baik kita. keluarga? Masa susah, tiada erti keluarga. masing2 tak mahu mengaku yang mereka ni keluarga, boleh ker macam tu.. Macam2 persoalan yang bermain di minda..

mungkin tuhan menguji hati setiap insan dengan cara yang berbeza kan. kita yang kerdil hanya mampu melihat, mendengar dan berdoa supaya hati yang tertutup dengan duit kembali pada yang mula2 insan yang kita kenal.

AMIN.....



Ahad, Mei 23, 2010

bila kanak-kanak suka main picit-picit, tekan-tekan

hye readers,

sekarang ni, banyak tempat yang dibina untuk menyediakan games. Kat shoppig complex, kat pusat peranginan, kat cyber cafe. macam-macam games yang ada kat pasaran sekarang ni kan.

budak seawal usia 6 tahun pun terror kalau main games ni. keyboard tu ditekan tak payah pandang pun sebab khusyuk sangat dengan games.

tapi kekadang ada gak terpikir, yelah kalau lah diowang ni mahir menggunakan komputer, boleh menaip selaju jari mereka menekan keyboard tu..mesti bangga kan.

tapi game ni kekadang dapat menhilangkan stress. bila dapat tekan butang2 yang ada dengan kuat, rasa macam puas jer. rilex sekejap dari masalah.

apa game terbaru sekarang ni kat pasaran. fifa 2010, lara croft. saya sendiri pun suka gak dengan games ni. kat facebook pun ada games.

keburukan games ni satu jer, bila ibu bapa tak kawal anak-anak mereka, bebudak ni jadi lalai. tu yang susahkan. bagi remaja pulak, tempat2 games ni jadi tempat melepak, hisap rokok, ponteng sekolah.



Photobucket
tapi bila teringat zaman dulu, tahun 90an dulu, kita yang duduk kat kampung ni ada permainan congkak, batu seremban,teng teng.. rasa seronok jer.
kek pun dah letak gambar games nak tarik perhatian untu jual. sangat hebat penangan game ni bila kita dah mula.


Photobucket
kek muka askar.garang nyer muka.





Jumaat, Mei 21, 2010

menyibuk ajer

hye readers

semalam tengah berjalan-jalan kat pasaraya, tetiba je didatangi seseorang. eh kenal ke? oh semestinya tidak.hehehe

kalau korang jalan di hypermarket selalunya lah kan, ada tak korang pernah lihat dua tiga orang yang berpakaian kemas jer, ala-ala kerja jawatan besar. pas tu kat tangan diowang ni ada kertas. kiranya iklan bergerak.

alkisahnya, semalam nak pergi atm mesin, tetiba ada lah seorang mamat ni dengan gaya ala-ala alleycat nak bagi kupon.

               
Jurujual      : kak! kak! cawan percuma kak.meh la kak. Syarikat kita nak bagi cawan percuma sebagai mempromosi barangan syarikat

aku           : taknak lah, cawan kat rumah dah banyak dah.

jurujual      : ala kak, kejap jer kak. amik lah kak. tak payah bayar. percuma.

aku          : okay lah, amik mug jer kan

jurujual      : okay kak, isi form ni yer, sebab nak tahu jer pelanggan kita ni dari kategori apa.

masa tengah isi tu, die dah keluarkan pamplet mengenai barangan elektrik electrofast. sambil isi tu, die bercoloteh panjang lebar. budak ni memang bagus jadi jurujual sebab pandai bercakap panjang lebar. Pastu die suruh lak, bukak satu kertas saiz memo pad tu, konon-konon macam menang cabutan bertuah, bila buka dapat lah voucher rm 100. voucher ni boleh simpan 4 bulan lah, itu lah ini lah.. pas tu suruh kita beli produk nya yang berharga rm 3088. dapur yang jenis hud tu. em kalau beli kat giant baru jer 1k lebih. Yang paling tak tahan nyer tu, thermos pot pun berharga rm699. mak ai mahal giler pork.
bayaran ansuran pun boleh, tak kisah rm 50 ker, rm 70 ker,sebulan. mula-mula macam minat la sebab boleh suka hati jer bayar berapa kita nak bayar, rupanya khas untuk pemegang kad kredit maybank master kad. em dah lah dik oi, cubalah jangan nak menipu kita yang sebagai pengguna ni dengan janji-janji manis kirorang tu. siap tanya duit atm kita sebab nak suh beli dapur nya tu. eh sori eh, duit i, suka hati i lah nak buat apa pun. jangan lah nak menyibuk.
takda ke jalan nak atasi benda-benda yang macam ni. kita sebagai orang muda ni, diowang ingat boleh ke nak tipu-tipu macam ni. budak-budak mungkin. tapi budak zaman sekarang pun dah bijak.

saper yang pernah kena macam ni, jom kita share sikit. kita sebagai pengguna ada hak kan.




akhirnya...penantian itu berakhir

hye readers

em sebenarnya agak terlambat nak tulis entri ni, yelah tadi ngah blogwalking tetiba ternampak

ni..macam pernah tengok..rupanya blog aku dahdi terjah oleh cik ben ashaari. Pastu beliau pulak masuk blog aku kategori murai...bangga la kejap..kembang kempis idung..hahahah
Thank yer en ben, saya sangat suka. Pas tu cik ben cakap idea baru..terbaik dari amazon..wah..biasa-biasa aja, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..Traffic juga naik mencanak..apa aura yang ada pada mr be ni yer? Die pakai aura seri kot..Tu yang bila tengok muka die jer, rasa excited jer nak terjah blog die ni. Apa tarikan beliau ni, agaknya die ni kategori lelaki malaya yang ensem..

entri dari beliau juga cukup bersahaja dan kita sendiri tak teragak nak tulis entri macam beliau tu kan.apa apa pun, thank yer mr ben dalam membantu semua blogger2. pas ni kalau wartawan nak temubual, temubual lah mr ben ashaari ni.

Khamis, Mei 20, 2010

aku di TAG

HYE READERS,

Hari ini, cik pensel kontot telah tag aku dengan satu tugasan. Nak tahu ape die jom kita tengok di bawah..

 sangat cantik huruf P ni kan, ada blink2 lagi tuh..okay2..bukan nak cerita pasal buah rantai ni, tapi nak cerita pasal huruf " P "

Korang kena jawab huruf P pada mula-mula setiap jawapan.

1. What is your name : Perempuan comel yang sangat manis
2. A four letter word : Paip
3. A boy's name : Putera Kacak
4. A girl's name : Puteri Salju
5. An occupation : Personal assistant. A colour : Purple
7. Something you wear : Pant and T-shirt
8. A food : Pineapple pie
9. Something found in the bathroom : Playwood
10. A place : Pulau langkawi
11. A reason for being late : Parking full
12. Something u shout : Poyoooo!!!!
13. A movie title : Pocong
14. Something u drink : Pepsi Cola
15. A musical group : Pink(so what lagu nye)
16. An animal : Pari(ikan)
17. A street name : Puchong perdana
18. A type of car : Porshe

okay im done...yeah yeah...sape yang teror tu leh jawab jugak tau..tapi tak boleh ayat yang sama dengan orang lain..tau..jom uji minda







perogol bersiri

hye readers,

bila terbaca akhbar hari ni, seorang perogol bersiri dijatuhkan hukuman 50 tahun dan 24 sebatan. Padan muka orang yang macam ni. kejadian ni brlaku kat negeri melaka. Ish takut betul lah bila kejadian macam ni berlaku. umur baru 29 tahun tapi dah terbabit dengan 15 pertuduhan termasuk merogol dan seks luar tabii. Yang kesian tu, kanak-kanak berumur tujuh tahun turut menjadi mangsa perogol ini, apa akan jadi dengan masa depan kanak-kanak malang ni.

apa yang patut kita buat pada orang yang mempunyai sifat seperti haiwan ni. Jatuhkan hukuman gantung jer. lagi senang. Dahlah menakutkan kita sebagai orang awam nak pergi kemana-mana seorang diri.
kalau korang, apa yang korang nak buat kat perogol ni kalau diberi peluang untuk menghukum orang yang macam ni?

Kita sebagai perempuan ni, kena lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling bila berjalan. Tapi walaupun kita dah ada macam-macam barang dalam beg kita, macam penyembur cili, mereka ini selalunya melakukan kegiatan ni ramai. macam ner seorang perempuan nak lawan lelaki yang lebih kuat ni. Nak kena belajar silat, karate sebagai pelindung sementara mendapat bantuan. Boleh ke? Berkesan ker?
Jom share reramai..apa pendapat korang, manalah tahu ada tip-tip berguna untuk para blogger bila berhadapan situasi yang macam ni.





Selasa, Mei 18, 2010

Penunggu Rumah

Hye Readers,

Betul ker orang selalu jer cakap jangan biarkan rumah kita kosong lelama sampai berbulan-bulan. Tapi kekadang, betul jugak cakap orang tua-tua takut ada penuggu lain.

Ada jugak orang bagitahu supaya kita membela ikan puyu. Nape yer? Betul ker ikan puyu tu dikatakan boleh jadi pendinding rumah?Tapi kiranya ikan puyu ini, bagus juga untuk dipelihara sebab boleh elak pukau.

saper tahu pasal ikan puyu ni, jomlah share.Mana tahu, pas ni takda dah orang nak rompak rumah guna pukau segala.
ada tak yang tak pernah tengok ikan puyu? angkat tangan...hehehe..




tolong hormat orang disekeliling anda!!!

hye readers,

sekarang ni kan, dah takda ker perasaan dan nilai-nilai kemanusian dalam diri kita sebagai manusia ni. Yelah, i tengok sekarang ni, ada sesetengah orang ni dah macam takda perasaan hormat kat orang lain. kekadang kita tengok, sikap kurang sopan depan orang yang lebih tua dari kita pun banyak terjadi. nape yer terjadi perkara yang macam ni.

Kat ofis i pun ada jugak, orang yang macam ni. Masa mula-mula nak bekerja, die punya sikap memang puji habes. tapi bila dah sebulan dua kat dalam ni, baru lah kita tahu perangai die. hey, please lah. respect sikit pada yang lebih lama. Walaupun die beumur sedikit tua dari kami, tapi die tetap juga kena respect yang lain. die tunjuk sikap yang baik, baru lah orang leh baik dengan die.
Yang i bengang ni, my bos datang pun, boleh buat tak tahu jer. Kami kerja dalam satu team, sebab kan kat kau sorang orang lain kena tempias. Tolong lah. Sebelum kau masuk kat ofis kami ni, takda nyer bos strict sangat.

kat ofis ni, time takda keje, kita boleh nak surf internet ke, main games ke, tapi ada had. Takkan nak makan gaji buta jer. Bankrup la. orang lain pun kerja juga, ada blog juga, ada facebook juga, tapi takda lah sampai kerja nak tangguh-tangguh.
Photobucket





Isnin, Mei 17, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

hello readers,

tadi ngah berblogwalking, tetiba terbaca entri baru encik ben ashaari. tapi nape die letak ben ek? mesti ada sejarah tersendiri ni.
okay kali ni, en ben nak buat jelajah blog versi 4.0 punya. betapa banyaknya versi jelajah en ben yang memang kita tabik springg kat beliau ni.
untuk joins jelajah blog ni, kita kena ikut peraturan yang telah dibuat, tak boleh main redah jer.okay.

1. Mesti ada headers Tuan Punya Segmen Jelajah..okay i dah letak.




2.nama samaran amyalisya. nama blog kembara alam maya. nape saya letak nama ini, sebab saya masih baru dalam dunia blogging ni. so kembara tu kira masih mencari-cari.bukan mencari identiti tetapi mencari sahabat-sahabat dalam dunia blog ni. dari situ saya boleh baca pelbagai tajuk dari yang kelakar kepada yang sedih. blog ini wujud pada bulan mac 2010, tergerak hati untuk menulis blog bila terbaca hanis zalikha punya blog. setiap entri yang ditulis memang best. penulisan saya didalam setiap entri berdasarkan pada pengalaman, apa yang saya lalui setiap hari, peristiwa yang berlaku disekeliling hidup saya, dan apa-apa saja yang saya rasa berguna untuk dikongsi dengan yang lain. setiap hari, saya akan berblogwalking, dan dari situ saya mula menambah kenalan satu persatu. mungkin idea dari Dahlia jOurnal juga banyak membantu dalam memberi tip. Setiap template, background, shoutmix, dan pelbagai lagi cara-cara untuk mencantikkan blog, saya belajar dari intanurulfateha. thank yer sis intan. Tutorial dari beliau ni sangat senang dan mudah difahami. so saya mencadangkan, agar blogger yang baru nak join dunia blog ni, jom kita berblogwalking setiap blogger-blogger amatur macam mr ben ashaari ni. Saya merupakan blogger partime aje disini, jadi kedang kala blur sekejap menyebabkan penulisan itu, tak dapat nak di buat setiap hari, sebab ada antara geng blogger bagi tip, kalau entri tu biarlah berisi dan bukannya sampah. Betul jugak, sebab kalau entri kita macam tak best jer, bloger lain dah taknak datang lagi, ini akan mengurangkkan traffic kat blog kita. jadi siapa yang rugi. kita jugak.

3.segmen ben ashaari ini saya dapat tahu apabila saya menjadi pengikut mr ben. jadi setiap entri baru akan keluar pada dashboard blog saya. dari situ saya terasa ingin mencuba, tetapi kadang kala terfikir jugak, boleh ke join ni, sebab saya ni masih baru. tapi bila terbaca jer Segmen jelajah versi 4.0 ni, tak salah kalau mencuba. manalah tahu, mr ben ni nak bagi tip yang dapat membantu saya dalam dunia blog yang penuh warna warni ini. sekiranya terpilih, alangkah bertuahnya badan sebab menerima kunjungan blogger yang famous. to mr ben, thank a lot sebab menyediakan ruang untuk para blogger dan membantu kami yang kerdil ini.


Sabtu, Mei 15, 2010

kedah vs kelantan, lawak...lawak..

hye readers,

cuti hujung minggu, jom kita relax-relax kan minda sebelum dapat idea buat entri baru.

dua orang sahabat baik tinggal didalam sebuah rumah. Mereka ni berasal dari lain-lain negeri. macha dari penang dan awe dari kelantan. Sedang mereka tengah menikmati makan malam ,melintas lah seekor lipas dihadapan mereka. awe seorang yang penakut kepada serannga seperti lipas ni terus melompat dan macha mula dah sedia nak ketuk lipas tu dengan majalah.

macha : Lipas!!lipas! nun dibawah kaki hang tu Awe.
awe : katok la! katokkkk!
macha : apa pulak katak? kan lipas tu. gila ke apa hang ni.
awe : la...mu ni! katok la! katokkkk!
macha : sah la gila hang ni. Lipas la LIPAS! Bukan katak
awe : KATOKK LA!! KATOKKKKK!!!

Katok tu bermaksud ketuk /pukul dalam dialek kelantan.
Pergaduhan antara mereka berakhir dengan melihat lipas tu  berlalu dengan selambanya..
Lain negeri, lain dialek nya. kan...lawak...lawak..







Jumaat, Mei 14, 2010

Big Fish Moment With Pizza Hut

hye readers,

meskipun hari ibu dah 5 hari berlalu tapi tak semestinya kita tak boleh nak bergembira dengan ibu kita kan. setiap hari merupakan hari ibu, jadi bila-bila masa pun kita boleh celebrate hari ibu ini.
sempena hari ibu, saya baru berkesempatan untuk bawa mama dan keluarga saya keluar untuk dinner sama-sama. Destinasi pilihan keluarga saya ialah Pizza Hut.
sekarang ni memang banyak restoran makan segera yang menjadi pilihan berbanding kedai makan yang biasa, sebab faktor kebersihan.
Korang semua tahu kan sekarang ni di Pizza hut ada pizza terbaru. Fish King Pizza Atau bila di translate kan Pizza Raja Ikan. Ha Raja ikan, Bukan Ikan jaws yer korang.
Pizza ikan ini lebih kepada makanan laut didalam pizza, sebab bila kita makan, akan ada macam-macam. sekali gigit rasa ketam, dua kali gigit rasa udang. memang sedap tak terkata. Rasa macam nak pergi lagi, tapi siapa yang nak belanja ni.
                                           ni lah gambar pizza raja ikan


                                    mama dan saya, i love you mum

                                           sup cendawan yang sangat delicious


                                         hidangan yang sungguh lazat


burppppppp...alhamdunillah. kenyang sangat-sangat...

Khamis, Mei 13, 2010

How many wiggies????

jom kira bape banyak wiggies yang ada?
i teka 210.


korang yang baca pun boleh teka okay.










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

tahniah malaysia....

hai readers,

tahniah untuk team badminton malaysia sebab dapat melayakkan diri ke ke separuh akhir. yelah, semalam perlawanan antara malysia dan denmark merupakan perlawan yang sangat sengit. pada awalnya takut jugak kalau kalah sebab kelmarin semasa menentang jepun, hafiz hashim boleh tewas kepada pemain jepun. inikan pulak denmark yang memang handal lah jugak selain china dan indonesia. tapi bila tengok hafiz main semalam, sangat benrsungguh-sungguh.Tahniah untuk hafiz hashim sebab berjaya bawa malaysia ke separuh akhir.

pas tu malam tadi dalam kul 12.30 pagi, tengok perlawanan hoki antara malaysia dengan india Piala sultan azlan syah. malaysia menang 5-2 atas india. Tahniah juga kepada malaysia. Pengulas sukan itu sendiri terkejut dengan pencapaian malaysia dalam acara sukan hoki ini, dimana india merupakan team pilihan sebab mereka ni memang handal dalam sukan hoki. tapi rezeki memihak pada malaysia. Tahniah juga untuk team hoki negara.

Kadang kala bila team malaysia berlawan dengan negara lain, kesungguhan mereka berlawan menyebabkan kita sebagi penonton akan bersorak keriangan sebab dapat menambahkan mata untuk team malaysia, tapi bila mereka main macam budak baru belajar, ha jawapnya ramai lah penyokong akan kutuk-kutuk mereka dengan cara permainan yang ditunjukkan. macam mana tak kena kutuk, tengah bersemangat nak sokong, tetiba lak kalah. kalah sikit-sikit takpe lah juga, sebab bukan rezeki, tapi kalau kalah teruk, jawapnya mula lah tersiar di akhbar yang malaysia ni itulah, inilah. kan. sebenarnya adat dalam pertandingan, ada menang, ada kalah. tapi kadang kala ada jugak terdengar sok-sek sok-sek orang kita ini, bila menang suka dan bangga tapi bila kalah siap lah habis-habisan mereka kutuk..betul tak?saya sendiri pun kadangkala ada juga terkutuk mereka ni, yelah sebab geram sangat. tapi minta ampun, kutuk itu untuk memberi semangat bukan untuk menjatuhkan nama malaysia. kan..kan..



Isnin, Mei 10, 2010

jom sepak reramai


hye readers,

bagi korang yang suka sepak bola tu, jom reramai join contest HUNGRY FOR FOOTBALL. korang kena score banyak-banyak then baru dapat hadiah nya. last chance je ni.

 

hadiahnyer, best kan.

korang kena taip huruf yang bernyala tu cepat-cepat untuk tambahkan power. 



ni top score untuk minggu ni, sori nama i takda pun sebab xreti nak sepak.. T__T




Project Alpha : Ninie Ahmad For The Adidas Ole Ko Challenge

hye readers, Project alpha musim kedua bagi minggu ke 10.
entri untuk tajuk kali ni, Adidas Ole Ko Challenge. iaitu pasal futsal game. sekarang kan trend remaja, belia dan beliawanis lebih kepada futsal games sebab ianya merupakan indoor games. so takdalah nak kena panas sangat dan tiada sunburn..sekarang ni bukan lelaki aja pandai main, perempuan pun pandai jugak tau.

okay, untuk challenge ini, saya rasa blogger yang patut menang ialah Ninie Ahmad. Beliau merupakan seorang wanita dan juga merupakan cikgu YOGA. Ninie ahmad ni dah berkecimpung dalam dunia YOGA ni selama 9 tahun. Jadi untuk futsal ni, saya rasa itu adalah senang bagi beliau sebab beliau dah biasa dengan gerak dan gaya lemah lembut ini tetapi tangkas. Dan yang saya sangat suka sangat mengenai ninie ahmad ni, walaupun seorang cikgu yoga, tetapi beliau juga mempunyai pusat yoga dia sendiri di Damansara Perdana.. Kiranya, dia lah cikgu dialah pengurus. Seorang wanita yang sangat berjaya dalam karier dan juga kehidupan. Tak cukup dengan itu, ninie ahmad ni juga merupakan duta rasmi Yoga bagi adidas. WOW!!! hebatkan.bukan calang-calang wanita ni.



Kat mana adidas Ole Ko challenge ni, nasib saya tak terlupa. Futsal One 0n One ni, akan diadakan di  
Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday May 21, 7.30pm! so kiranya lepas ofis hour lah kan. takda lah nak terkejar-kejar masa.

okay readers, jom kita layan VIDEO project alpha musim kedua dari episode 18-21. Layannnn..Zassss













Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

Bring to you by @ProjectAlphaMY and #action3

Ahad, Mei 09, 2010

dari 'L' ke 'P'

HYE READERS

harap korang semua sihat selalu dan ceria. semalam terbaca dalam utusan malaysia, seorang rakyat negara korea selatan mencuba sehingga 980 untuk dapatkan lesen kereta.
Bila terbaca jer artikel tu, rasa nak tergelak pun ada gak. Selalunya kalau kita amik lesen dan ujian bertulis ni, paling tidak 5 kali kot baru lulus. saya amik lesen sekali aje okay.huhu dengan bangga nya.

korang ada ker yang amik ujian Memandu lebih dari 5 kali. saya rasa tak lah susah mana pun, cuma kena baca buku panduan tu aje, sebab semua jawapan ada dalam buku tu, cuma soalan nya kadangkala diolah sedikit. tapi sekarang kan dah guna komputer untuk menjawab soalan, cuma bagi mereka yang tidak celik IT, mungkin sedikit susah untuk menjawab. tapi zaman sekarang yang serba maju dan canggih ni, masih ada lagi ke golongan yang rabun IT.ayat sopan untuk menjaga hati.ala-ala pompuan melayu terakhir gitu.

apa pengalaman korang  masa pergi ujian memandu, mesti ada cerita kelakar kan. i paling takut sangat time ujian memandu kat bukit, rasa nak mengundur je kereta tu kalau tak boleh nk adjust brek dengan minyak. sampai dah kena marah banyak kali, akhirnya baru confident untuk ujian kat bukit. 
 
seronok sangat bila mula-mula dapat lesen, abis semua kereta yang ada kat umah tu saya nak cuba sehinggalah terjadi satu peristiwa iaitu terlanggar tiang lampu. masa tu muka panic sangat, takut pasal lah nak cakap dekat abang sebab keretanya dah kemik, dengan muka rasa seperti tidak bersalah, parking kereta tu cantik-cantik. bila masuk dalam  rumah dan buat seperti tiada apa-apa berlaku. Tapi nasib tidak baik juga, tetap jugak kena marah yelah tak pasal aje kena keluar duit untuk repair. Agaknya, memang hari tu nasib kurang baik, dahla terlanggar tiang, pas tu kena marah pulak dan paling malang duit terbang. em tak dapatlah nak shopping time tu, terpaksa berpuasa untuk membeli belah...hahaha.Sila simpati dengan i.


tapi peristiwa macam tu, tak pernah mematahkan semangat untuk memandu kereta sehingga sekarang. Sebab kalau takde kereta, pergerakkan agak terbatas untuk menyelsaikan tugas. Tapi, seriously saya memang tak pandai untuk menunggang motor. Bila tengok orang lain jalan dalam kampung bawa motor, rasa macam seronok aja, tapi mama saya berkeras tak bagi bawa motor. Mungkin mama saya ada peristiwa yang berlaku, sebab tu dia tak bagi..

Bila dah ada lesen ni, bukan bertujuan untuk berlumba pulak, Berhati-hati di jalanraya, Ingat lah orang tersayang. Tapi kan, kalau kita pandu berhati-hati pun, tetap juga berlaku kemalangan. Jadi kita sentiasa beringat-ingat semasa di jalanraya. okay.




Sabtu, Mei 08, 2010

welcome..to all

hye readers,

hari ni sehari suntuk menghadap pc, nak blogwalking. seronok gak sebab dapat jumpa macam-macam blog yang cantik dan entri yang best2.

bila tengok blog orang lain, jadi semangat balik nak tulis dalam blog sebab ada blog yang bagi macam2 tip untuk naikkan traffic blog. thank a lot untuk DahliaJournal sebab bagi tip yang berguna untuk blogger yang baru seperti saya.


dari blogwalking juga, jumpa ramai antara blogger yang mempunyai followers yang hampir cecah ribuan orang, mesti entri die best kan, sebab tu ramai followers..
nakjuga macam tu, pas ni kena lebih banyak idea untuk menulis didalam blog ini setiap hari dan tajuk entri yang best2, mesti ramai yang datang kan..

Thank pada blogger yang sudi share tip-tip dalam dunia blog. semoga kita akan terus berblog untuk mencurahkan pelbagai idea yang boleh dikongsi bersama.



Jumaat, Mei 07, 2010

lelaki pisau cukur

hye readers, salam jumaat

kalau korang bercinta cintun, ada tak boyfee korang minta korang belanja die. em memanglah tak salah kalau sekali sekala kita give and take kan. takkan asyik lelaki ajer nak belanja sian lak golongan adam ini..tapi selalunya orang akan cakap perempuan ni pisau cukur sebab asyik minta macam-macam ajer kat si lelaki dan paling sedih nya bila duit dah abis tinggal kan macam tu jer. ish2 macam hal.

tapi sekarang ni, bukan ajer pompuan pisau cukur, tetapi lelaki gak. ini bukan iklan gilette okay..huhu..semalam aku ada terbaca satu artikel dalam satu akhbar, perempuan ni sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang di cintai. bak kata pepatah, abis madu, sepah dibuang. Tapi bukan kumpulan SEPAH Raja lawak tu tau.tak memasal aje nama sepah naik..maaf yer, entri ini tidak ada kena mengena dengan sesapa okay, cuma nak ulas cikit aja tentang isu itu.

lelaki yang pisau cukur ini, orang nyer seperti apa yer? adakah seorang yang sangat ensem atau seorang yang pandai berkata-kata sehingga cair pompuan itu. cair hati nya tau. tapi kadang kala kecian gak kan kat pompuan yang tertindas, disebabkan lelaki abes semua duit, dan segala macam bagi kat lelaki tu, bila tak dapat apa yang di minta.. ha mula la nak ugut cakap nak tinggalkan..adoyai, zaman sekarang ni macam-macam manusia dan ragam yang ada kan. kita kena bijak menilai orang itu kan. kalau tidak confirm kita akan di tipu. kat radio era pun ada gak luahan hati yang di buat oleh pak nil tentang bekas masing- masing. sampai ada yang berhabes beribu ringgit hanya untuk seorang lelaki yang dikatakan mencintai..

kadang kala takut juga peristiwa macam ni jadi pada diri sendiri, so pas ni dan akan datang, tak mo bagi duit pada sapa yang nak pinjam..biarlah orang kata hj bakhil..tapi pada yang dah lama kenal tu, boleh la pinjam.kang terjadi lak peristiwa kata kita sombong.tapi jangan lupa ganti tau. tapi i ni bukannya orang kaya nak bagi pinjam.hehehe...

wahai kaum adam, jangan tersentap yer dengan entri ni..just bertukar pendapat dengan korang semua.




selamat hari ibu mama

hye readers,

minggu ni 9 Mei Merupakan hari ibu bagi ibu-ibu diseleruh dunia..em sayu lah pulak tetiba. Bila nak buat wish ni, ha mulalah nak nanges-nanges sebab gembira tak terkata kan. Seorang ibu dan juga wanita mampu membesarkan anak-anak nya dengan berjaya tanpa ada rasa mengeluh, penat. sentiasa ada disisi anak-anaknya setiap kali anak-anaknya mempunyai masalah, dia lah tempat kita nak mengadu kan.

untuk mama saya,
Anakmu juga nak mengucapkan selamat hari ibu khas untuk mama dan terima kasih kerana telah membesarkan saya, menjaga saya semasa sakit. pengorbanan yang tidak terkira telah mama berikan dan saya sangat menyayangi mama sampai bila-bila. semoga mama sentiasa sihat dan ceria dan di panjangkan umur.AMIN.


Okay korang, dah ada hadiah untuk hari ibu ke? sebenarnya ibu kita ni, tidak mengharapkan apa-apa hadiah dari anak-anaknya kan, cukup lah anak-anaknya sentiasa ada disisi dan menemani mereka ketika melalui waktu di usia senja.

tapi bagi mereka yang selalu melawan ibu, mohonlah maaf kepada mereka. mereka sentiasa memaafkan anak-anaknya walaupun anaknya telah membuat hati mereka terluka. cubalah korang bayangkan, disaat korang masih marah ibu/mama/ummi dan tuhan telah menjemput ibu korang, pada masa tu menyesal tak sudah dan menangis air mata darah sekali pun korang tetap takkan dapat lihat ibu korang. masa tu baru lah kita sedar, dunia yang kita lalui suram, rezeki yang kita perolehi pun rasa susah jer kan..ish xmo lah buat kat ibu macam tu...sian mereka tau. . jangan turut kata hati, kelak binasa diri.

kepada mereka yang telah tiada ibu, jom kita sedekahkan alfatihah untuk ibu-ibu mereka supaya mereka ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan soleha..
okay readers, hargai ibu kita tau..kalu selisih faham sikit2 tu, tak usah dipanjang2kan...




Selasa, Mei 04, 2010

Tonton Dan Menang

hye readers,

jom sertai contest yang dianjurkan oleh MAS Traveller .com
contest ni senang jer nak sertai.
korang cuma perlu tonton setiap episode di Astro Ria(ch104) setiap hari rabu jam 10 pm.

ianya sebuah rancang dari contest untuk SAYA NAK CUTI. So diorang dah umumkan pemenang, dan setiap pemenang ni pulak ada impian percutian mereka sendiri. yang menarik nyer, mereka ini akan mengacarakan program mereka sendiri senang cite, pengacara untuk program sendiri. bukan selalu dapat peluang macam ni kan.
Terdapat 7 episode kesemuanya, so jangan lepaskan peluang menonton rancangan ini, manalah tahu ade blogger yang saya suka terpilih lak pulak..tuah manusia kita tak tahu...tapi kalau dapat hadiah tu, jangan lupakan ole-ole untuk saya tau..
ape syarat nyer?syarat peraduan ni senang sangat-sangat.







Isnin, Mei 03, 2010

jom reramai RUUMZ

hye readers..

sekarang ni ada satu lagi laman web iaitu  ruumz.

KLIK SINI untuk register

kat sini boleh buat macam-macam, and yang paling best berkaitan dengan project alpha season 2.

bila dah register, jangan lupa invite saya jadi ruumates you all okay..


'