Salam semua,
hari berlalu dan syawal pun hampir ke penghujung..sekejap saje kan waktu berlalu.. Tengah syok-syok dapat duit raya dan pergi rumah terbuka sana-sini, tetiba saya berhenti kat kedai mamak nak beli air.Dengan keadaan cuaca sekarang yang kejap panas, kejap sejuk. dahaga la pulak. Tekak pun macam dah nak sakit ni sebab banyak sangat minum minuman berais.
Masa tengah berhenti tu, saya tengok satu kedai ni, Ya Allah ramai betul orang tak kira bangsa pergi. Dalam hati terdetik, apa pelaris kedai ni pakai sampai penuh sesak, kalau nak dikira dan di hitung memang menguntungkan. Yelah, zaman sekarang ni, bomoh saje yang diorang jumpa.Konon nya boleh tarik ramai orang. Dah macam sesat dah kan. Bila tengok papan tanda tu, rupanya kedai nombor ramalan atau orang sekarang panggil kedai nombor ekor. Rata-rata yang pergi melayu. Bangsa lain tu ada juga, tapi mereka lain. Bila saya tengok-tengok ramai juga orang bukan setakat orang muda tapi orang veteran pun ada. Aduhai, dalam hati terdetik, kan ke bagus kalau diowang ni menyimpan dalam bank, mungkin masa susah boleh juga membantu. Daripada mereka yang melabur kat kedai tu, memang lah bila kena tu duit yang kita dapat tu banyak dalam sekelip mata. Tapi bukan ke duit tu haram.
Bila kita membeli tu, bukannya nombor tu akan naik esok hari, kalau macam tu dah lama yang jadi kaya. yelah, beli dengan jumlah yang sedikit tapi pulangan nya berlipat kali ganda. Sekurang-kurangnya kita dah labur dalam jumlah yang agak banyak, dan pada masa yang sama mungkin nasib, nombor tu terkena, baru lah kita dapat balik duit kita tu, tapi mungkin jumlah nya berbeza dengan apa yang kita dah laburkan. Yang kaya dan semakin kaya adalah bangsa lain. Penguatkuasaan tak boleh ke membantu? mungkin dah jenuh agaknya tangkap, pas tu buat lagi..
kalau kita beli saham amanah saham nasional pun kita dapat untung juga hujung tahun, duit kita pun tak hilang.. bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. betul tak?
Sabtu, September 25, 2010
Ahad, September 19, 2010
tradisi rumah terbuka
hai semua, salam satu malaysia.
Harap anda semua masih berada dalam keadaan sihat semasa aidilfitri ini. Yelah, time raya ni, macam-macam hidangan yang disediakan di tambah pulak musim panas. ada yang sakit tekak sebab banyak sangat minum ais. berhati-hati semasa makan tu, jangan nak pulun semua makanan yang dihidangkan. badan kita juga yang akan sakit.
masih ada yang dalam bercuti lagi ker? hai seronoklah cuti lelamakan. dapat pergi menziarah kaum keluarga dan sahabt handai. besok pagi, saya baru je nak start keje. Biasalah lah kan bila dah cuti lama ni, rasa malas jer nak pergi kerja.
tahun ni, saya sekeluarga tak buat pun rumah terbuka, cuma buat bbq untuk family and adik beradik yang terdekat je. yelah, ada yang cuti sekejap, jadi kalau tak ramai macam tak meriah la buat rumah terbuka. kat ofis pulak besok baru nak buat majlis jamuan hari raya. Em program yang terselit dalam kepala ni apa lagi kalau bukan nak bergaya dengan baju raya masing-masing. nak jadi vogue sekali sekala.
department kami cuma nak buat tema hitam putih. ala classic gitu. mesti seronok kan. ish dah tak sabar ni nak tunggu esok..ish macam budak kecik daa.
saper yang ada buat rumah terbuka tu, jangan lupa jemput rakan blogger ni, mana lah tahu, dekat..boleh gak menyinggah..
oklah, selamat berhari raya. jangan makan lebih-lebih, nanti ada yang masuk wad sebab tekanan darah naik..jumpa lagi..

Ahad, September 12, 2010
takziah buat keluarga datuk sosilawati
salam semua readers,
hari ni kita di gemparkan dengan berita kematian jutawan kosmetik yang dipercayai hilang pada 30 ogos yang lalu bersama 3 lagi rakan beliau.
kematian beliau yang menyayat hati,sungguh tak disangka. dibunuh dan dibakar. Ya Allah, sungguh kejam perbuatan manusia sekarang.
semoga keluarga dan anak2 allahyarhamah datuk sosilawati redha dengan kejadaian yang menimpa, memang lah kita sebagai orang luar hanya tahu bercakap dan tak merasai apa yang mereka hadapi. tapi sebagai umat islam, doa tu sebagai bekalan semoga roh di tempatkan di tempat orang yang beriman.

Jumaat, September 10, 2010
selamat hari raya minal aidil wal fa izin
hai semua, salam dan selamat hari raya
Berlalu lah sudah ramadan, sekejap je waktu berlalu kan. hari ni semua umat islam meraikan hari lebaran setelah sebulan berpuasa. Amacam, puasa cukup ke tak? hari ni semua orang bergaya dengan fesyen2 baju baru yang pelbagai warna,adat kunjung mengunjung jangan di lupa. Masa ni lah kita yang selalu tak jumpa berkumpul reramai. meriah kan dengan suara anak-anak kecil yang sangat riang.
raya kali ni, saya dengan family tak balik kampung yelah kami memang dah duduk kampung, jadi tunggu saje kedatangan tetamu yang jauh dan dekat menziarah. menu apa yang best yer pada hari raya selain menu wajib iaitu lemang. macam-macam makanan terhidang tapi bagi yang ada penyakit tu, beringat2 jangan sampai masuk wad pulak. kalau nak berdiet time raya ni, em tak da lah jawapan nya, terliur tengok hidangan yang macam2 jenis. Duit raya macam ner pulak? kanak-kanak jer yang dapat tapi kalau dewasa tu kena tengok2 jugak, kalau nenek2 kita kena bagi juga, yelah masa ni lah kita nak bersedekah. yang paling kelakar bila sampul raya pun dah ada reke bentuk duit, lagi lah seronok walaupun isi kat dalam tu tak sama dengan jumlah sampul raya. macam-macam gelagat.
sempena hari raya yang mulia ni, saya nak ucapkan selkamat hari raya maaf zahir dan batin kalau sepanjang saya ber blogging ni ada yang terguris rasa, tersilap kata, maaf di pinta. sapa blogger yang duduk area negeri sembilan tu boleh lah berkunjung ke rumah saya kat rembau. luar dari negeri sembilan pun boleh datang...nak alamat ker?kampung batu, rembau negeri sembilan. ..yang tahu boleh datang yer..rumah sentiasa terbuka untuk para tetamu.

Sabtu, September 04, 2010
Dah tua buat cara tua
hi readers salam 1 malaysia,
bila dengar jer perkataan tua ni semua rasa takut yelah muka dh berkedut dan berkeriut, dah tak cantik, dah takda nak make up dengan gincu merah menyala. sape yang penah tengok orang yang dah berusia macam tu. Ada memang ada, tapi tak banyak, wanita ni tetap nak jaga kecantikkan walaupun dah tua, suntik botok nampak jadi muda. eh bukan botox tapi collagen.
itu bagi perempuan, tapi bagi lelaki pulak kalau tua semakin suka pulak. tak semua lah tapi rata-rata yang saya tengok semua macam tu. semakin tua semakin berisi, eh betul ke tu, apa yang aku merepek ni. hahahah. yelah aku tengok budak2 muda sekarang ni sibuk benar mencari lelaki tua, ni sebab poket penuh atau memang sayang sepenuh jiwa. tapi aku kesian lah kat sahabat aku yelah, masa susah, sesama dengan bini die mencari rezeki, tapi bila dah senang, anak-anak dah besar, dah kerja lain pulak agenda yang dia simpan. menikah satu lagi dengan ibu tunggal. aduhai isteri jadi menderita sebabkan sikap suami yang macam ni. nak cari pucuk muda. em kita tahu la lelaki boleh kawen 4, tapi tak kenang ke pengorbanan isteri tu masa susah, dah senang bukan nak tambah amal ibadat tapi nak menambah kan beban. Dah mencecah usia hampir 60 tahun tapi taste tinggi, nak cari yang umo dalam lingkungan 20-30 an..
aduhai, kalau realiti madu tu memang manis, tapi bila terjadi dalam hidup madu tu pun dah jadi hempedu dah, pahit..kawen senyap-senyap dah nak dekat 2 tahun, bila semua rasie terbongkar bila isteri menyiasat dan mencari bukti dan ternyata, selama 2 tahun dia hanyalah tempat persinggahan sementara.hancur luluh hati si isteri bila dapat tahu, tapi si suami buat seperti diorang ni loving couple of the year. hakikatnya, anusia bertopeng...insaflah kamu wahai MR K, kesian kan lah pada anak2 yang masih kecil, yang masih mentah, yang masih tidak tahu apa yang jadi pada dirinya. sangat kejam kan, tapi sekarang ni manusia semakin berani menggunakan senjata sebagai alat untuk membalas dendam.busuk nyer hati

Langgan:
Catatan (Atom)