Photobucket

Friendship

Jumaat, September 10, 2010

selamat hari raya minal aidil wal fa izin

hai semua, salam dan selamat hari raya
Berlalu lah sudah ramadan, sekejap je waktu berlalu kan. hari ni semua umat islam meraikan hari lebaran setelah sebulan berpuasa. Amacam, puasa cukup ke tak? hari ni semua orang bergaya dengan fesyen2 baju baru yang pelbagai warna,adat kunjung mengunjung jangan di lupa. Masa ni lah kita yang selalu tak jumpa berkumpul reramai. meriah kan dengan suara anak-anak kecil yang sangat riang.

raya kali ni, saya dengan family tak balik kampung yelah kami memang dah duduk kampung, jadi tunggu saje kedatangan tetamu yang jauh dan dekat menziarah. menu apa yang best yer pada hari raya selain menu wajib iaitu lemang. macam-macam makanan terhidang tapi bagi yang ada penyakit tu, beringat2 jangan sampai masuk wad pulak. kalau nak berdiet time raya ni, em tak da lah jawapan nya, terliur tengok hidangan yang macam2 jenis. Duit raya macam ner pulak? kanak-kanak jer yang dapat tapi kalau dewasa tu kena tengok2 jugak, kalau nenek2 kita kena bagi juga, yelah masa ni lah kita nak bersedekah. yang paling kelakar bila sampul raya pun dah ada reke bentuk duit, lagi lah seronok walaupun isi kat dalam tu tak sama dengan jumlah sampul raya. macam-macam gelagat.

sempena hari raya yang mulia ni, saya nak ucapkan selkamat hari raya maaf zahir dan batin kalau sepanjang saya ber blogging ni ada yang terguris rasa, tersilap kata, maaf di pinta. sapa blogger yang duduk area negeri sembilan tu boleh lah berkunjung ke rumah saya kat rembau. luar dari negeri sembilan pun boleh datang...nak alamat ker?kampung batu, rembau negeri sembilan. ..yang tahu boleh datang yer..rumah sentiasa terbuka untuk para tetamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan