Photobucket

Friendship

Sabtu, September 25, 2010

4D...MENGUNTUNGKAN

Salam semua,
hari berlalu dan syawal pun hampir ke penghujung..sekejap saje kan waktu berlalu.. Tengah syok-syok dapat duit raya dan pergi rumah terbuka sana-sini, tetiba saya berhenti kat kedai mamak nak beli air.Dengan keadaan cuaca sekarang yang kejap panas, kejap sejuk. dahaga la pulak. Tekak pun macam dah nak sakit ni sebab banyak sangat minum minuman berais.
Masa tengah berhenti tu, saya tengok satu kedai ni, Ya Allah ramai betul orang tak kira bangsa pergi. Dalam hati terdetik, apa pelaris kedai ni pakai sampai penuh sesak, kalau nak dikira dan di hitung memang menguntungkan. Yelah, zaman sekarang ni, bomoh saje yang diorang jumpa.Konon nya boleh tarik ramai orang. Dah macam sesat dah kan. Bila tengok papan tanda tu, rupanya kedai nombor ramalan atau orang sekarang panggil kedai nombor ekor. Rata-rata yang pergi melayu. Bangsa lain tu ada juga, tapi mereka lain. Bila saya tengok-tengok ramai juga orang bukan setakat orang muda tapi orang veteran pun ada. Aduhai, dalam hati terdetik, kan ke bagus kalau diowang ni menyimpan dalam bank, mungkin masa susah boleh juga membantu. Daripada mereka yang melabur kat kedai tu, memang lah bila kena tu duit yang kita dapat tu banyak dalam sekelip mata. Tapi bukan ke duit tu haram.
Bila kita membeli tu, bukannya nombor tu akan naik esok hari, kalau macam tu dah lama yang jadi kaya. yelah, beli dengan jumlah yang sedikit tapi pulangan nya berlipat kali ganda. Sekurang-kurangnya kita dah labur dalam jumlah yang agak banyak, dan pada masa yang sama mungkin nasib, nombor tu terkena, baru lah kita dapat balik duit kita tu, tapi mungkin jumlah nya berbeza dengan apa yang kita dah laburkan. Yang kaya dan semakin kaya adalah bangsa lain. Penguatkuasaan tak boleh ke membantu? mungkin dah jenuh agaknya tangkap, pas tu buat lagi..
kalau kita beli saham amanah saham nasional pun kita dapat untung juga hujung tahun, duit kita pun tak hilang.. bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. betul tak?

2 ulasan:

  1. yang haram memang macam tu...bila agaknya jabatan agama nak letak org kat situ..secara terbuka tu sakit mata dan hati

    BalasPadam
  2. em kalau letak setakat nak tengok jer, baik tak payah letak..betul tk?

    BalasPadam