Friendship

Sabtu, September 04, 2010

Dah tua buat cara tua

hi readers salam 1 malaysia,

bila dengar jer perkataan tua ni semua rasa takut yelah muka dh berkedut dan berkeriut, dah tak cantik, dah takda nak make up dengan gincu merah menyala. sape yang penah tengok orang yang dah berusia macam tu. Ada memang ada, tapi tak banyak, wanita ni tetap nak jaga kecantikkan walaupun dah tua, suntik botok nampak jadi muda. eh bukan botox tapi collagen.

itu bagi perempuan, tapi bagi lelaki pulak kalau tua semakin suka pulak. tak semua lah tapi rata-rata yang saya tengok semua macam tu. semakin tua semakin berisi, eh betul ke tu, apa yang aku merepek ni. hahahah. yelah aku tengok budak2 muda sekarang ni sibuk benar mencari lelaki tua, ni sebab poket penuh atau memang sayang sepenuh jiwa. tapi aku kesian lah kat sahabat aku yelah, masa susah, sesama dengan bini die mencari rezeki, tapi bila dah senang, anak-anak dah besar, dah kerja lain pulak agenda yang dia simpan. menikah satu lagi dengan ibu tunggal. aduhai isteri jadi menderita sebabkan sikap suami yang macam ni. nak cari pucuk muda. em kita tahu la lelaki boleh kawen 4, tapi tak kenang ke pengorbanan isteri tu masa susah, dah senang bukan nak tambah amal ibadat tapi nak menambah kan beban. Dah mencecah usia hampir 60 tahun tapi taste tinggi, nak cari yang umo dalam lingkungan 20-30 an..

aduhai, kalau realiti madu tu memang manis, tapi bila terjadi dalam hidup madu tu pun dah jadi hempedu dah, pahit..kawen senyap-senyap dah nak dekat 2 tahun, bila semua rasie terbongkar bila isteri menyiasat dan mencari bukti dan ternyata, selama 2 tahun dia hanyalah tempat persinggahan sementara.hancur luluh hati si isteri bila dapat tahu, tapi si suami buat seperti diorang ni loving couple of the year. hakikatnya, anusia bertopeng...insaflah kamu wahai MR K, kesian kan lah pada anak2 yang masih kecil, yang masih mentah, yang masih tidak tahu apa yang jadi pada dirinya. sangat kejam kan, tapi sekarang ni manusia semakin berani menggunakan senjata sebagai alat untuk membalas dendam.busuk nyer hati


Tiada ulasan:

Catat Ulasan