Photobucket

Friendship

Ahad, September 19, 2010

tradisi rumah terbuka

hai semua, salam satu malaysia.
Harap anda semua masih berada dalam keadaan sihat semasa aidilfitri ini. Yelah, time raya ni, macam-macam hidangan yang disediakan di tambah pulak musim panas. ada yang sakit tekak sebab banyak sangat minum ais. berhati-hati semasa makan tu, jangan nak pulun semua makanan yang dihidangkan. badan kita juga yang akan sakit.
masih ada yang dalam bercuti lagi ker? hai seronoklah cuti lelamakan. dapat pergi menziarah kaum keluarga dan sahabt handai. besok pagi, saya baru je nak start keje. Biasalah lah kan bila dah cuti lama ni, rasa malas jer nak pergi kerja.
tahun ni, saya sekeluarga tak buat pun rumah terbuka, cuma buat bbq untuk family and adik beradik yang terdekat je. yelah, ada yang cuti sekejap, jadi kalau tak ramai macam tak meriah la buat rumah terbuka. kat ofis pulak besok baru nak buat majlis jamuan hari raya. Em program yang terselit dalam kepala ni apa lagi kalau bukan nak bergaya dengan baju raya masing-masing. nak jadi vogue sekali sekala.
department kami cuma nak buat tema hitam putih. ala classic gitu. mesti seronok kan. ish dah tak sabar ni nak tunggu esok..ish macam budak kecik daa.
saper yang ada buat rumah terbuka tu, jangan lupa jemput rakan blogger ni, mana lah tahu, dekat..boleh gak menyinggah..
oklah, selamat berhari raya. jangan makan lebih-lebih, nanti ada yang masuk wad sebab tekanan darah naik..jumpa lagi..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan