Friendship

Selasa, Ogos 31, 2010

merdeka ke 53

hai malaysia,
hari ni negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun, itu bermakna kita bebas penjajah selama 53 tahun. syukur kan sebab malaysia ni negara aman damai tapi sekarang ni macam dah nak huru hara apabila masyarakat sekarang memainkan isu perkauman. tak serik ke nak hadapi peristiwa 13 mei. darurat. ish tak dapat aku nak bayangkan macam mana lah keadaan kita ketika itu. mampu ke kita bertarung seperti zaman dahulu.

merdeka kali ini lagi istimewa, yelah ketika semua umat islam menyambut bulan ramadan masa ni juga kita meraikan hari merdeka.

kenangan paling best time merdeka ni, aku rasa sambutan percikan bunga api yang menghiasi langit. rasa seronok kan. tapi takkan setakat bunga api jer kan, ish aku ni, tak menghayati lansung. tapi aku juga merasa bertuah sebab dilahirkan di dalam bulan kemerdekaan. tapi belum la mencecah 53,baru 20 an. seronok juga sebab semua orang mengingati tarikh yang sama pulak dengan hari jadi kita,syukur alhamdunillah.

aku berharap semoga merdeka kali ni, lebih bermakna dan semangat perpaduan antara satu dengan lain terus dikekalkan. yelah, jangan memainkan agama bangsa lain, rasa macam kurang sopan dan terhina pulak bila orang bukan islam menjejakkan kaki ke rumah ALLAH, dan kita sebagai umat islam pulak mendoakan kesejahteraan kaum bukan islam. aku harap lepas ni jangan lah sebabkan politik, isu yang sensitif ni di buat main-main.


1 ulasan: