Photobucket

Friendship

Ahad, Ogos 08, 2010

hari mantai datang lagi...

hai semua, salam satu malaysia,

bulan ramadan akan menjelma, maka semua umat islam sibuk bersiap sedia membeli barangan keperluan untuk bersahur. Rasa sekejap jer kita melalui tahu 2010 ni. Bulan mulia ni, berbagai kenduri kendara dilakukan di masjid, di rumah untuk meraikan kehadiran bulan ramadan.

bagi saya pulak, di negeri sembilan, setiap kali tibanya bulan ramadan, maka orang kampung akan sibuk membuat majlis yang di panggil mantai. korang tahu ker ape tu mantai? mantai ni merupakan hari keramaian yang mana semua sanak saudara berkumpul beramai-ramai untuk memasak dan menyembelih lembu atau kerbau untuk di masak dan di makan bersama-sama. masa ni lah kita akan berpakat untuk membuat lemang, ketupat, rendang. Masa ni sangat seronok sebab dapat kumpul beramai-ramai, dah macam nak raya pulak kan.

kalau korang semua lalu jalan ke negeri sembilan, mesti korang dapat lihat betapa ramai nya peniaga menjual daging-daging segar di tepi jalan, dan pembeli menawar harga dengan harga yang mereka rasa sesuai. suasana macam ni masih lagi diamalkan di kampung-kampung di negeri sembilan. cara masyarakat negeri sembilan menyambut bulan ramadan dengan meriah. seronok sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan