Photobucket

Friendship

Ahad, Ogos 22, 2010

mengimbau kenangan silam

hai semua, assalamualaikum,

tengah duduk lepak2 sambil berehat, tetiba jer teringat kenangan zaman dahulu dari kanak-kanak ke alam persekolahan.Banyak kenangan pahit manis aku lalui, Dan aku juga pasti kamu semua mesti ada pengalaman macam tu kan.

zaman kanak-kanak adalah zaman paling seronok. yelah zaman kita bermain bersama kawan-kawan, macam-macam permainan yang dicipta yang menyeronokan. masa kanak-kanak kita bebas dari segala masalah.alangkah seronok nya melihat kanak-kanak bermain , tambahan pulak masa nak raya, riuh rendah kampung tu dengan berlumba-lumba membakar mercun.

zaman berlalu meninggalkan zaman kanak-kanak, kita menempuh zaman remaja. masa ni lah kita mula mengenal dunia luar, dunia lepak -melepak, berjalan-jalan tengok wayang dan zaman ni lah bermulanya cinta monyet. setiap insan merasai cinta monyet tu, ada yang kekal ke alam perkahwinan dan ada juga yang terputus di tengah jalan.Masa ni jugalah remaja perempuan, akan belaja berfesyen.aku juga tidak ketinggalan merasai semua itu. sampaikan sanggup simpan duit belanja yang mak bagi nak beli barang yang aku suka. kelakar betul bila teringat balik.

zaman dewasa,aku lalui dengan berbagai-bagai dugaan yang datang, mungkin inilah cabaran menempuh alam dewasa. belajar ke menara gading mendapatkan segulung ijazah, kemudian bekerja. Tekanan di tempat kerja. pergaulan dengan orang disekeliling. zaman bercinta ketika dewasa ni mematangkan fikiran bila kita putus cinta. haha mungkin bukan jodoh yang sesuai..zaman bekerja inilah aku harus mengumpul kan harta, yelah takkan dah tua nanti baru nak cari harta,tapi aku juga hartus beringat harta dunia dan akhirat ni mestilah seimbang, bila aku mempunyai rezeki yang lebih aku kena ingat orang yang memerlukan bantuan.Sombong dan bongkak ini selalunya tidak lama. bila bekerja, aku rasa macam nak bekerja sendiri, yelah bekerja dibawah orang ni kita akan ada banyak tekanan, sama ada kita sanggup atau tak jer,baru kita boleh berjaya. tapi mak aku selalu pesan, kita bekerja mencari rezeki,bersyukur dengan apa yang dah aku miliki.Bekerja sendiri tu tak salah, tapi kalau tiadal pengalaman, mana mungkin kita boleh mengendalikan sebuah perniagaan.

perjalanan aku masih baru, mungkin dugaan yang lagi hebat akan aku tempuhi...aku kena memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang, tapi orang selalu cakap, sesekali kita kena tinjau ke belakang sebab taknak terjadi perkara yang sama berulang kali. betul kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan