Photobucket

Friendship

Khamis, April 29, 2010

Road Trip with My Broadband

 hye readers,
Assignment untuk project alpha untuk minggu kesembilan telah kembali...tajuk tugasan minggu ini, Road Trip With My Broadband.walaupun i baru nak join, tapi i tetap bersemangat untuk mencuba nasib..yahooo.

Zaman sekarang ini, segala urusan hanyalah dihujung jari jer kan.Kat mana kita berada,sama ada pasaraya, kedai makan, hospital, pejabat dan juga tempat-tempat perlancongan, kita tetap nak gunakan internet.betul..betul..betul (gaya upin ipin)..sekarang ni pulak dah macam-macam jenama broadband yang berada di pasaran..tapi saya lebih suka kepada Produk P1 WIMAX. P1WIMAX ni pulak dah ada produk baru iaitu P1 WIGGY...broadband ni sungguh mudah untuk dibawa kemana sahaja kita nak travel seluruh malaysia. ianya merupakan broadband sungguh kecik dan mempunyai rekabentuk yang sangat comel.Ianya juga tak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan dan boleh juga digantung kat leher seperti tag nama kita tu...sungguh mudahkan.

dengan adanya broadband macam ni,kita nak travel jauh pun kita masih boleh lagi mengupdate facebook dan juga blog, dan tak perlu nak tunggu lama baru nak update sebab kita boleh online bila-bila masa saja yang kita sukakan..siang malam pagi petang dan sampai pengsan..kah..kah..


so berminat, jom cepat-cepat kita dapatkan p1 wiggy ni dan korang boleh lah pergi tengok-tengok dekat kedai yang menjual peralatan komputer dan juga pameran pc fair yang sedang berlansung sekarang ni.

jom kita layan video video untuk project alpha ni pula...layannnnnn













Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Isnin, April 26, 2010

BAWA KU TERBANG

Mata Ke Mata...
Ke Hati...
Hati ke Hati...
Hati Hati...
Bibir Ke Bibir...
Bicara Janji...
Janji Janji...
Jadi Luka Hati...
Rindu ke Rindu...
Termimpi mimpi...
Hari Ke Hari...
Nanti di nanti...
Menanti Pasti...
Pasti Disisi...
Sisiku Kini...
Ternanti nanti...

Bila diceritakan tentang cinta
Segalanya muncul sekelip mata
Semuanya di depan mata ada dia
Makan tidur pun tak lena

Dia... cinta...
Dia... sayang...
Aku... dicinta...
Aku... disayang...

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya...
Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya

Kita berdua kian bermesra
Rindu makin membara
Kita berdua bermain kata
Pasang surut tak endah

Mata hati jiwaku...
Seluas artatika
Sebesar jupiter
Namun segitiga bermuda
Ku ganti sungai merah
Dengan darahku
Rinduku meragutkan
Kehangatan cinta kita

Mungkin tidak Sehebat mana
Ku di pertikaikan kasih
Ku bukan tempat dua ketiga
Di hati ku cuma kau yang satu
Seterusnya nyatanya hanya
Dirinya jiwanya
Jiwa ku rentas benua
Warna angkasa cinta
Cintalah kamu...

Ahad, April 25, 2010

jom sertai kempen KAMI PRIHATIN

Sekarang ni kes pembuangan bayi semakin berleluasa di kalangan masyarakat di malaysia....kadang-kadang kita tengok kejadian ini, amatlah menyedihkan dimana bayi tersebut dibuang di merata-rata tempat...apelah nak jadi dengan manusia zaman sekarang...sudah tidak adakah perasaan kasih sayang sehingga begitu kejam membuang bayi.
marilah kita sebagai rakyat malaysia memainkan peranan dalam membenteras masalah ini agar dapat dikurangkan. kita sebagai satu malaysia amat prihatin dengan keadaan ini...ayuh kita sertai kempen KAMI PRIHATIN...

Sabtu, April 24, 2010

ape yang korang boleh jadi

HELLO readers....
ape yang korang boleh jadi..ape tu? nak tau jom la baca.

.
KORANG BOLEH JADI
hero dalam dunia lakonan kerana mempunyai muka yang hensem dan macho

KORANG BOLEH JADI
ahli sukan yang terbilang dan cemerlang kerana berjaya mengharumkan nama negara

KORANG BOLEH JADI
pakwe yang best sebab bagi je apa yang makwe korang mintak.

KORANG BOLEH JADI
disayangi kalau sentiasa menjaga kebajikan keluarga

KORANG BOLEH JADI
pekerja cemerlang walaupun tak patuh dengan arahan kompeni


boleh ke kita jadi macam nie....renung-renungkan dan selamat beramal...♥♥



Jumaat, April 23, 2010

my dream destination

hye readers..

destinasi impian? erm mesti kita semua ada destinasi impian sendiri kan...kalau korang mesti ada destinasi idamankan terutama pada mereka yang baru melansungkan perkahwinan kiranyamacam honeymoon lah...amboi amboi amboi...suka nyer..
kalau saya lah diberi tiket perlancongan secara percuma dan boleh lak pilih kemana saja kita nak pergi...mesti melompat keriangan ...dah mcm kanak-kanak ribena da...
saya suka sangat tempat percutian yang mempunyai laut...air yang biru...boleh snorkling kat dasar laut...jauh dari kesibukan kota yang sentiasa dicemari dengan pelbagai pencemaran bunyi, udara dan macam- macam lagi...sekali sekala dapat menenangkan fikiran bersama orang yang tersayang macam family, adik beradik, dan jugak suami itu bagi yang dah kahwin okay...
bila kita travel...kita naik fligt lah kan sebab nama pun bercuti, jadi xperlu memandu, sampai destinasi kita akan dibawa oleh pemandu pelancong..so kira macam raja gak lah layanan nya..
saya ni suka sangat nak pergi bali...kat sana ada pantai yang sangat cantik pemandangannya..tapi kalau nak ke sana memerlukan perbelanjaan yang besar..so kalau kat malaysia ni, saya teringin sangat nak pergi pulau pangkor...lautnya yang membiru..tenang jer...kat sana juga banyak tempat yang menjual pelbagai hasil tangkapan laut seperti sotong kering bergula..em sedapnya...banyak tempat yang saya dah melancong tapi pulau pangkor masih belum sampai lagi...

                                                  

pemandangan matahari terbenam
 chalet yang diatas air









pemandangan di sekeliling resort










kalau berada disini tentu anda semua akan rasa segar dengan udara nya dan tenang melihat pemandangannya...


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Rabu, April 21, 2010

congratulation to my beloved sister

hye readers

entri ni saya nak wish untuk my beloved sister ayu alina suria...sikit punya panjang nama die..hehe...

naper dengan sister i nie,i hehe tahniah sebab dapat anugerah pekerja cemerlang daerah negeri selangor dan ini adalah anugerah untuk kali yang ke 2 yang my sis dapat....

i rasa bangga and nak jugak kerja rajin rajin pas ni...sebelum ni bukan malas cuma kurang usaha ajer..ceh ceh..hehe. bila dengar my sis dapat, em jadi teruja and bersemangat sangat sebab tumpang gembira..nanti i akan upload picture nya sebab majlis tu akan diadakan esok di putrajaya..♥♥♥

Isnin, April 19, 2010

suka..suka..suka...

 hye readers,

em aku rasa happy lah jugak sebab sikit demi sedikit..aku semakin suka dengan perubahan yang dibuat didalam blog aku..
aku dapat buat pun berdasarkan kawan2 bloggers yang sudi buat tutorial...thank to all...i loike...

em pada mereka yang pergi ke gatsby party tu...upload lah citer korang kat sana...mesti meriah and happening...sedey sebab tak dapat join, kereta buat hal kat highway...adoyai...em takde rezeki untuk sampai ke sana and join party ni..tapi nuffnang mesti akan buat party lain lagi kan...i teringin gak nak jumpa kawan-kawan dari blog lain walaupun i punya blog baru ader dua jer followers..heheheh..thank to you sebab sudi add blog i and follow..

Ahad, April 18, 2010

Takziah untuk kelurga achik spin

 HYE READERS...

em berita mengejutkan diterima malam tadi apabila mendapat tahu..vokalis kumpulan tersebut telah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat kemalangan jalan raya..pemergian yang amat mengejutkan bagi saya sebab baru sahaja saya melihat persembahan beliau semasa beliau datang ke daerah saya pada bulan lalu...
al fatihah untuk allahyarham achik...semoga di tempatkan di kalangan orang beriman..
semoga keluarga beliau tabah dalam menghadapi dugaan ini...

Jumaat, April 16, 2010

thank you

hye reader...

i nak ucapkan terima kasih pada  
CIK INTANURULFATEHA
sebab sudi guide untuk buat blog tutorial...
walaupun i cuma dapat buat untuk iklan di side bar di blog i ini
tapi  i tetap bangga sebab dapat gak buat walaupun belum sepenuhnya cantik.
..tapi i suka.
..thank yer  cikgu intan...

next time kamu boleh buat tutorial lagi untuk update kan blog menjadi cantik macam blog kamu..tapi saya masih memerlukan pertolongan kamu...help me dear...(^_^)

Isnin, April 12, 2010

luahan rasa

hye reader....

hari ni aku rasa sangat sangat down. em apakah dugaan ini yang kau beri pada hambamu yang lemah ini...

aku rasa tidak kuat untuk berhadapan dengan semua ini....mengapa aku harus di ditipu, kenapa aku harus dianiaya...mengapa ader insan begini di dunia ini...tidak ader lansungkah perasaan simpati atas perbuatan mu itu...

setiap yang aku lakukan, aku ikhlas dan aku tidak meminta balasan ape pun hanyalah kejujuran didalam menjalinkan persahabatan bukan nya menikam aku dari belakang...
betul lah kata orang...luaran yang baik tidak mencerminkan dalam yang baik jugak...jangan melihat hanya dari luaran yang hanyalah lakonan semata-mata....
aper sahaja permintaan mu akan cuba aku tunaikan..tapi mengapa ini yang kau berikan pada aku sebagai balasan kepada insan yang telah mebantu dikala kau kesusahan, kesedihan....
aku tidak berdendam, cuma aku memohon pada yang Maha Esa, agar kau diberi petunjuk supaya ianya tidak berulang pada orang lain...sekiranya kau di tempat aku, aku pasti kau juga akan merasa sama seperti aper yang aku rasa.....

mood sedey hari nie...ya allah, kuat kan lah hamba mu ini dengan dugaan yang datang...amin..

Sabtu, April 10, 2010

suka tak?

hye readers,

hari tue my family bercadang nak g mandi manda...em dengan cuaca yang panas nie...kan best kalau dapat berendam kat sungai....
kalau sapew yang suka berendam tu boleh lah datang kat kampung i kat rembau...kat sini banyak aktiviti yang you all boleh buat...hiking kat dalam hutan..best tau..mandi manda kat sungai..boleh berkelah...air nya sangat bersih...
ni my sister yang tengah happy-happy and seronok dengan husband and anak-anak mereka kat tepi sungai...sejuk giler kat sini sampai kami mandi mengigil....sory my pic xder sbb i yang snap..hehehehe
kalau you all suka kat sini you all boleh datang...Hutan Lipur Gunung Datuk...atau jeram papan...best tau
ni lah sungai yang kita orang mandi manda tu...jernih jer air nya...xlah dalam sangat...nak berenang xleh tapi kalau nak terjun macam leh..tapi kalau cedera kena tangung sebab banyak batu kat sini..nanti jadi tragedi lak...
kalau bagi anda yang penat kat sini i bagi cadangan untuk release tension...okay...

bye....

penyakit oh penyakit

hye readers

sekarang ni musim penyakit ker? em dengan keadaan cuaca yang sekejap panas, sekejap ujan...em memang tak leh tahan. i pun dh kena penyakit demam, batuk dan selsema...em paling tak suka bila nak kena makan ubat yang banyak...adoyai...

em ader tak petua yang boleh mengelakan dari terkena penyakit yang macam ni...xleh tahan lah sebab bila pergi ofis asik sok sek sok sek...selsema....

kalau still jugak tak elok...jawab nyer kena g ambil MC lah...

okay..bai...doalah supaya saya sembuh...

Isnin, April 05, 2010

Tea and Soya

HYE READERS

entri kali nie nak citer sikit pasal teh dan juga soya...mesti ramai diantara kita ni suka minum air teh dan juga soya...tapi tahu kah anda mana yang bagus untuk badan kita...wah dah jadi macam pakar pemakanan lah pulak...

i cuma nak share pengetahuan yang diowang bagi kat i untuk kebaikan semua blogger yang i sayang..mana lah tahu lepas ni kita akan jadi lebih sihat..betul x?

okay kita cita pasal teh dulu ..

1. People who use their 'brain' to work or students who study hard  day and night.
--- Should drink  more Chrysanthemum Tea.


2. People who need a lot of  body energy to work or those people who exercise a lot  everyday.
--- Should drink Wu Loong  Tea.


3. People who travel on a bike or work in dirty  and polluted places.
--- Should drink Green  Tea.


4. For people who like to sit down all day long  and not do anything, even exercising
--- Must drink Green Tea and Flower Tea.


5.  People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.
--- Should drink more Green Tea.


6. Carnivore ( i.e.  people who must eat meat at least once a day, or feel  sickly)
--- Try to drink some Wu Loong  Tea.


 7. People who go to the washroom too often or  not often enough.
--- Should drink more Honey  Tea


8. People with high cholesterol and high blood  pressure.
--- Wu Loong Tea,  Green  Tea.


9. Those who work with computers  everyday.
--- Need to drink a Lot of Tea (any tea will  do).


Whenever you are working with the computer, you  should make some tea. Drink it when you are  free.
Drinking Tea is healthy, it can protect and  prevent the harmful
Ultraviolet light from harming us  (when using computer).
Furthermore, it can also relief us when we are tired and help make our body feel fresh again.


okay,sekarang kita citer pasal soya lak....mesti ramai yang suka soya..saya pun tergolong didalam fanatik terhadap air soya..

All of us know that soyabean drink  provides good protein to our body... but many of us don't  know that there are certain days we should avoid drinking it.      
Soya bean drinks are best  consumed on hot sunny days when the sun is strong. The soya milk will give lots of nutrients to the body as the body is able to absorb the protein well.

However, avoid the drink when the weather is cloudy or raining.. Taking  the drink in those weather, the body will not be able to  take in the protein and will result in a disease called  'GOUT' or 'high acidic urine' due to the high protein  residue in the body, after a long run.

fakta ini i dapat sahabat saya...so i harap ianya akan membantu kita dalam menjaga kesihatan diri..i suka share benda-benda yang boleh memberi kebaikan kepada semua...sekiranya ada lagi...i akan masukkan dalam blog i okay...

thank to bloggers yang sudi singgah to my blog...


have a nice day...=)


            

4 april 2010

hye readers...

begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah 2 tahun abang kandungku MOHAMMAD ROHAIZAD kembali ke rahmatullah...terasa macam baru semalam jer die pergi. Semalam 4 April 2010, genap 2 tahun. kami sekeluarga mengadakan kenduri tahlil untuk arwah..


Kesedihan kehilangan adik beradik terasa macam sesuatu yang tidak lengkap dalam kami sekelurga ..terasa pahit untuk melalui kehidupan ini...tetapi Tuhan itu maha adil, die menguji kekuatan kita supaya lebih tabah dan cekal...

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...semoga rohnya dicucuri rahmat...AL FATIHAH.......................................................amin.

Sabtu, April 03, 2010

ns vs selangor

hye readers..

i ni memang minat bola sepak...em kira macam fanatik jugak lah..tapi tak ponah pon poie tengok secara live kat stadium tue...anak omak lah katakan...eh ape kena mengena bola dengan anak mak nie...ish2...melalot lak dh...hehehe

okay blogger2 yang duduk kat nogori tu jom kito reramai poie stadium paroi malam ni....bagi semangat kat pasukan nogori...

okaylah...jangan lupo yo....HoBin Jang Hobin....

Khamis, April 01, 2010

1 april 2010

hye readers...

terlalu cepat waktu berlalu dalam tahun 2010 nie..sekejap sahaja masa berlalu dan  kita rasa dah hampir sampai ke pertengahan tahun..
macamner ner dengan perancangan awal tahun tempoh hari..berjalan dengan lancar atau masih belum melaksanakan lagi..azam?em macam2 azam tahun baru yang kita buat..tapi dah masuk bulan april nie..ader yang telah memulakan azam ker?hehehe termasuklah i nie kan...asyik buzy memanjang..
tapi tahun nie aku rasa amat gembira juga..sebab dapat jumpa semula sahabat2 lama yang terputus semasa study dolu2.rasa happy sangat sebab adar diantara mereka yang dah kawen..ader yang de baby...wah syok nya..aku jugak yang belum...em bila ek..eih gatal...
aku juga nak wish congrate to my fren...sebab wedding die sabtu nie.TO ASMARANI BINTI BAHARUDIN BATU PAHAT..CONGRATE YER..NTI I SEND UR GIFT OKAY..tapi cuti aku tidak diluluskan...oh bos..pls approve my application..i need it...plz...hehehe..bos aku xder blog lak..kalau ader..abis lah aku.sebab tu kecik kan font..buat2 xnampak..
okay bloggers..saper yang dapat invitation untuk g berjaya times square nanti, jangan lupa ea...kita jumpa disana...i dah apply cuti..hope lulus lah..

see u next entries. (-_~).