Friendship

Jumaat, Mei 21, 2010

menyibuk ajer

hye readers

semalam tengah berjalan-jalan kat pasaraya, tetiba je didatangi seseorang. eh kenal ke? oh semestinya tidak.hehehe

kalau korang jalan di hypermarket selalunya lah kan, ada tak korang pernah lihat dua tiga orang yang berpakaian kemas jer, ala-ala kerja jawatan besar. pas tu kat tangan diowang ni ada kertas. kiranya iklan bergerak.

alkisahnya, semalam nak pergi atm mesin, tetiba ada lah seorang mamat ni dengan gaya ala-ala alleycat nak bagi kupon.

               
Jurujual      : kak! kak! cawan percuma kak.meh la kak. Syarikat kita nak bagi cawan percuma sebagai mempromosi barangan syarikat

aku           : taknak lah, cawan kat rumah dah banyak dah.

jurujual      : ala kak, kejap jer kak. amik lah kak. tak payah bayar. percuma.

aku          : okay lah, amik mug jer kan

jurujual      : okay kak, isi form ni yer, sebab nak tahu jer pelanggan kita ni dari kategori apa.

masa tengah isi tu, die dah keluarkan pamplet mengenai barangan elektrik electrofast. sambil isi tu, die bercoloteh panjang lebar. budak ni memang bagus jadi jurujual sebab pandai bercakap panjang lebar. Pastu die suruh lak, bukak satu kertas saiz memo pad tu, konon-konon macam menang cabutan bertuah, bila buka dapat lah voucher rm 100. voucher ni boleh simpan 4 bulan lah, itu lah ini lah.. pas tu suruh kita beli produk nya yang berharga rm 3088. dapur yang jenis hud tu. em kalau beli kat giant baru jer 1k lebih. Yang paling tak tahan nyer tu, thermos pot pun berharga rm699. mak ai mahal giler pork.
bayaran ansuran pun boleh, tak kisah rm 50 ker, rm 70 ker,sebulan. mula-mula macam minat la sebab boleh suka hati jer bayar berapa kita nak bayar, rupanya khas untuk pemegang kad kredit maybank master kad. em dah lah dik oi, cubalah jangan nak menipu kita yang sebagai pengguna ni dengan janji-janji manis kirorang tu. siap tanya duit atm kita sebab nak suh beli dapur nya tu. eh sori eh, duit i, suka hati i lah nak buat apa pun. jangan lah nak menyibuk.
takda ke jalan nak atasi benda-benda yang macam ni. kita sebagai orang muda ni, diowang ingat boleh ke nak tipu-tipu macam ni. budak-budak mungkin. tapi budak zaman sekarang pun dah bijak.

saper yang pernah kena macam ni, jom kita share sikit. kita sebagai pengguna ada hak kan.




4 ulasan:

  1. mmg x suka jurujual menyibuk..huhu..

    BalasPadam
  2. betul..betul
    ntah pape kan...

    BalasPadam
  3. bse klau kne cmni bwt excited..dia explain byk2..last2 eh x pela kak x nk beli pn...haha..cm kejam plak

    BalasPadam
  4. hehe..macam ner nak beli, nak duit cash on the spot hampir 4k...ish2..xmo lah

    BalasPadam