Friendship

Sabtu, Mei 15, 2010

kedah vs kelantan, lawak...lawak..

hye readers,

cuti hujung minggu, jom kita relax-relax kan minda sebelum dapat idea buat entri baru.

dua orang sahabat baik tinggal didalam sebuah rumah. Mereka ni berasal dari lain-lain negeri. macha dari penang dan awe dari kelantan. Sedang mereka tengah menikmati makan malam ,melintas lah seekor lipas dihadapan mereka. awe seorang yang penakut kepada serannga seperti lipas ni terus melompat dan macha mula dah sedia nak ketuk lipas tu dengan majalah.

macha : Lipas!!lipas! nun dibawah kaki hang tu Awe.
awe : katok la! katokkkk!
macha : apa pulak katak? kan lipas tu. gila ke apa hang ni.
awe : la...mu ni! katok la! katokkkk!
macha : sah la gila hang ni. Lipas la LIPAS! Bukan katak
awe : KATOKK LA!! KATOKKKKK!!!

Katok tu bermaksud ketuk /pukul dalam dialek kelantan.
Pergaduhan antara mereka berakhir dengan melihat lipas tu  berlalu dengan selambanya..
Lain negeri, lain dialek nya. kan...lawak...lawak..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan