Photobucket

Friendship

Isnin, Mei 24, 2010

semua sanggup

hye readers,

zaman sekarang ni, takda benda yang tak sanggup kalau habuan nya besar. memang tak semua orang macam tu, tapi ada segelintir yang macam tu kan.

kawan sanggup khianat kawan semata-mata sebab duit. Anak sanggup bunuh ibu bapa nya sebab duit. Pekerja rasuah semua sebab duit. Duit ni besar kuasa nya, kalau takda duit orang tak pandang kita. Semua barang yang kita nak semua nya guna duit. Bukan macam zaman dahulu yang guna sistem barter. Semua orang akan kelabu mata bila nampak duit yng banyak depan mata, sapa yang tak nak duit free. Tapi betul ker duit tu free? Orang gila mana yang sanggup bagi duit beribu-ribu secara percuma. Semua orang tak payah kerja kalau dah ada orang yang bagi duit, duduk senang lenang,goyang kaki.

Tapi sanggup tak kita khianat kawan yang kita kenal sejak kecil, membesar sesama, susah senang sama-sama. rasanya orang yang ada sifat belas kasihan ni dia takkan sanggup buat macam tu. Tapi inilah yang terjadi, yang saya lihat depan mata. Mereka ni sangat baik sehingga dapat membuka perniagaan bersama-sama. boleh tak bayangkan betapa kamcing nyer mereka ni. Tapi sebabkan duit, mereka berbalah. dahulu ketika susah, sesama mencari jalan keluar, tapi bila masing-masing berada pada kedudukan yang agak selesa, mula lah timbul macam-macam hal. Disebabkan seorang insan lain yang muncul entah dari mana, menawarkan pekerjaan, menjadi bos, dengan tiba-tiba, imbuhan yang dapat pun bukan sikit2. mencecah ratusan ribu.

ish-ish apa akan jadi, bila orang yang baru kenal kita lebih percaya dari orang yang dah 40 tahun kita kenal. Kita insan yang melihat nak tegur tak boleh sebab siapa kita pada diowang. Nanti dikatakan penyibuk tidak bergaji pula. Hanya mampu melihat dan berdoa supaya kesedaran dan keinsafan kembali. Takkan pasal duit, imbuhan pada setiap ahli keluarga menjadi niat utama untuk berpecah belah. Kalau kita jatuh, pada siapa kita nak mengadu selain dari kawan baik kita. keluarga? Masa susah, tiada erti keluarga. masing2 tak mahu mengaku yang mereka ni keluarga, boleh ker macam tu.. Macam2 persoalan yang bermain di minda..

mungkin tuhan menguji hati setiap insan dengan cara yang berbeza kan. kita yang kerdil hanya mampu melihat, mendengar dan berdoa supaya hati yang tertutup dengan duit kembali pada yang mula2 insan yang kita kenal.

AMIN.....



2 ulasan:

  1. 2 bkn kwn dh 2 klau sggup khianat kwn sbb duit..huhu

    BalasPadam
  2. Kawan time senang,ramai, bila time susah, kdg kwn rapat pun, buat2 tak kenal.

    tp ada juga kwn mmg kwn sejati..susah pun, dia adalah disisi, senang pun dia lah juga sama2 ketawa dengan kita.

    BalasPadam