Friendship

Jumaat, Mei 07, 2010

selamat hari ibu mama

hye readers,

minggu ni 9 Mei Merupakan hari ibu bagi ibu-ibu diseleruh dunia..em sayu lah pulak tetiba. Bila nak buat wish ni, ha mulalah nak nanges-nanges sebab gembira tak terkata kan. Seorang ibu dan juga wanita mampu membesarkan anak-anak nya dengan berjaya tanpa ada rasa mengeluh, penat. sentiasa ada disisi anak-anaknya setiap kali anak-anaknya mempunyai masalah, dia lah tempat kita nak mengadu kan.

untuk mama saya,
Anakmu juga nak mengucapkan selamat hari ibu khas untuk mama dan terima kasih kerana telah membesarkan saya, menjaga saya semasa sakit. pengorbanan yang tidak terkira telah mama berikan dan saya sangat menyayangi mama sampai bila-bila. semoga mama sentiasa sihat dan ceria dan di panjangkan umur.AMIN.


Okay korang, dah ada hadiah untuk hari ibu ke? sebenarnya ibu kita ni, tidak mengharapkan apa-apa hadiah dari anak-anaknya kan, cukup lah anak-anaknya sentiasa ada disisi dan menemani mereka ketika melalui waktu di usia senja.

tapi bagi mereka yang selalu melawan ibu, mohonlah maaf kepada mereka. mereka sentiasa memaafkan anak-anaknya walaupun anaknya telah membuat hati mereka terluka. cubalah korang bayangkan, disaat korang masih marah ibu/mama/ummi dan tuhan telah menjemput ibu korang, pada masa tu menyesal tak sudah dan menangis air mata darah sekali pun korang tetap takkan dapat lihat ibu korang. masa tu baru lah kita sedar, dunia yang kita lalui suram, rezeki yang kita perolehi pun rasa susah jer kan..ish xmo lah buat kat ibu macam tu...sian mereka tau. . jangan turut kata hati, kelak binasa diri.

kepada mereka yang telah tiada ibu, jom kita sedekahkan alfatihah untuk ibu-ibu mereka supaya mereka ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan soleha..
okay readers, hargai ibu kita tau..kalu selisih faham sikit2 tu, tak usah dipanjang2kan...




2 ulasan:

  1. Selamat hari Ibu...pengorbanan ibu tak ternilai dgn apapun..

    BalasPadam
  2. tak ternilai walaupun dengan intan berlian,hanya kasih sayang dan doa yang sejahtera,kita perlukan

    BalasPadam