HYE READERS
harap korang semua sihat selalu dan ceria. semalam terbaca dalam utusan malaysia, seorang rakyat negara korea selatan mencuba sehingga 980 untuk dapatkan lesen kereta.
Bila terbaca jer artikel tu, rasa nak tergelak pun ada gak. Selalunya kalau kita amik lesen dan ujian bertulis ni, paling tidak 5 kali kot baru lulus. saya amik lesen sekali aje okay.huhu dengan bangga nya.
korang ada ker yang amik ujian Memandu lebih dari 5 kali. saya rasa tak lah susah mana pun, cuma kena baca buku panduan tu aje, sebab semua jawapan ada dalam buku tu, cuma soalan nya kadangkala diolah sedikit. tapi sekarang kan dah guna komputer untuk menjawab soalan, cuma bagi mereka yang tidak celik IT, mungkin sedikit susah untuk menjawab. tapi zaman sekarang yang serba maju dan canggih ni, masih ada lagi ke golongan yang rabun IT.ayat sopan untuk menjaga hati.ala-ala pompuan melayu terakhir gitu.
apa pengalaman korang masa pergi ujian memandu, mesti ada cerita kelakar kan. i paling takut sangat time ujian memandu kat bukit, rasa nak mengundur je kereta tu kalau tak boleh nk adjust brek dengan minyak. sampai dah kena marah banyak kali, akhirnya baru confident untuk ujian kat bukit.
seronok sangat bila mula-mula dapat lesen, abis semua kereta yang ada kat umah tu saya nak cuba sehinggalah terjadi satu peristiwa iaitu terlanggar tiang lampu. masa tu muka panic sangat, takut pasal lah nak cakap dekat abang sebab keretanya dah kemik, dengan muka rasa seperti tidak bersalah, parking kereta tu cantik-cantik. bila masuk dalam rumah dan buat seperti tiada apa-apa berlaku. Tapi nasib tidak baik juga, tetap jugak kena marah yelah tak pasal aje kena keluar duit untuk repair. Agaknya, memang hari tu nasib kurang baik, dahla terlanggar tiang, pas tu kena marah pulak dan paling malang duit terbang. em tak dapatlah nak shopping time tu, terpaksa berpuasa untuk membeli belah...hahaha.Sila simpati dengan i.
tapi peristiwa macam tu, tak pernah mematahkan semangat untuk memandu kereta sehingga sekarang. Sebab kalau takde kereta, pergerakkan agak terbatas untuk menyelsaikan tugas. Tapi, seriously saya memang tak pandai untuk menunggang motor. Bila tengok orang lain jalan dalam kampung bawa motor, rasa macam seronok aja, tapi mama saya berkeras tak bagi bawa motor. Mungkin mama saya ada peristiwa yang berlaku, sebab tu dia tak bagi..
Bila dah ada lesen ni, bukan bertujuan untuk berlumba pulak, Berhati-hati di jalanraya, Ingat lah orang tersayang. Tapi kan, kalau kita pandu berhati-hati pun, tetap juga berlaku kemalangan. Jadi kita sentiasa beringat-ingat semasa di jalanraya. okay.
ms aku g test komputer jpj, aku rasa gelabah sikit pasal seblm ujian bermula, semua org baca buku, aku pula xbw buku tu. tp aku da khatam lah jawab suma soalan tu. tp alhamdulillah, 17 minit aku jawab n lulus. hehehe.
BalasPadamhihi...sy masa test dulu lupa pakai tali pinggang keledar...
BalasPadamwah sham kira terror lah tue,17 minit jer.saya sampai nak abes masa baru siap..kah..kah
BalasPadamhani lupa pki tali pinggang, die tak tolak markah ker?janji lulus kan.
BalasPadam