Photobucket

Friendship

Khamis, Mei 20, 2010

perogol bersiri

hye readers,

bila terbaca akhbar hari ni, seorang perogol bersiri dijatuhkan hukuman 50 tahun dan 24 sebatan. Padan muka orang yang macam ni. kejadian ni brlaku kat negeri melaka. Ish takut betul lah bila kejadian macam ni berlaku. umur baru 29 tahun tapi dah terbabit dengan 15 pertuduhan termasuk merogol dan seks luar tabii. Yang kesian tu, kanak-kanak berumur tujuh tahun turut menjadi mangsa perogol ini, apa akan jadi dengan masa depan kanak-kanak malang ni.

apa yang patut kita buat pada orang yang mempunyai sifat seperti haiwan ni. Jatuhkan hukuman gantung jer. lagi senang. Dahlah menakutkan kita sebagai orang awam nak pergi kemana-mana seorang diri.
kalau korang, apa yang korang nak buat kat perogol ni kalau diberi peluang untuk menghukum orang yang macam ni?

Kita sebagai perempuan ni, kena lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling bila berjalan. Tapi walaupun kita dah ada macam-macam barang dalam beg kita, macam penyembur cili, mereka ini selalunya melakukan kegiatan ni ramai. macam ner seorang perempuan nak lawan lelaki yang lebih kuat ni. Nak kena belajar silat, karate sebagai pelindung sementara mendapat bantuan. Boleh ke? Berkesan ker?
Jom share reramai..apa pendapat korang, manalah tahu ada tip-tip berguna untuk para blogger bila berhadapan situasi yang macam ni.





1 ulasan: