hye readers,
sekian lama menunggu akhirnya penantian ini akan berakhir. Dah berpuluh-puluh kali aku pergi, redah hujan panas. Berhabes duit nak pergi, yelah kalau takde duit macam ne nak bayar tambang kan. hehehe.
Apa benda la yan aku bebel ni. Hari isnin 24 mei aku dapat panggilan telefon yang memberitahu yang aku diterima bekerja didalam sektor awam. Terkejut, sedih, gembira semua ada sampai terkedu aku tidak terkata. syukur alhamdunillah.
hari ni, 26 mei 2010 hari terakhir aku bekerja di tempat kerja aku sekarang..sedihnya memang tak terkata. Yelah, dah lama kita duduk kat sini, dah banayk pengalaman pahit manis kita tempuh dan kita beralih angin untuk menerima suasana baru. memang betul patah tumbuh hilang berganti. Aku berharap, lepas ni, pihak pengurusan akan mengambil seorang kerani yang lebih cekap, pandai dan boleh buat semua kerja tanpa perlu banyak bimbingan.
Mungkin hikmah kesabaran aku ni, dibalas dengan kegembiraan yang tak terkata. Jun 2010 aku akan memulakan tugas aku sebagai orang baru, di tempat baru, kawan baru. Takut juga rasanya berada di tempat orang yang kita memang tak kenal sesapa.
tapi perasaan aku tu semua pada permulaan seperti aku bekerja dahulu, mula-mula akan terasa kekok, lama-lama kita akan terbiasa. Aku harap semua nya berjalan dengan lancar.
untuk semua kawan-kawan blogger yang saya sayang, doakan untuk saya agar semua nya berjalan lancar. AMIN.
tahniah....semoga lebih berjaya di tpt bru
BalasPadam