Photobucket

Friendship

Khamis, Mei 13, 2010

tahniah malaysia....

hai readers,

tahniah untuk team badminton malaysia sebab dapat melayakkan diri ke ke separuh akhir. yelah, semalam perlawanan antara malysia dan denmark merupakan perlawan yang sangat sengit. pada awalnya takut jugak kalau kalah sebab kelmarin semasa menentang jepun, hafiz hashim boleh tewas kepada pemain jepun. inikan pulak denmark yang memang handal lah jugak selain china dan indonesia. tapi bila tengok hafiz main semalam, sangat benrsungguh-sungguh.Tahniah untuk hafiz hashim sebab berjaya bawa malaysia ke separuh akhir.

pas tu malam tadi dalam kul 12.30 pagi, tengok perlawanan hoki antara malaysia dengan india Piala sultan azlan syah. malaysia menang 5-2 atas india. Tahniah juga kepada malaysia. Pengulas sukan itu sendiri terkejut dengan pencapaian malaysia dalam acara sukan hoki ini, dimana india merupakan team pilihan sebab mereka ni memang handal dalam sukan hoki. tapi rezeki memihak pada malaysia. Tahniah juga untuk team hoki negara.

Kadang kala bila team malaysia berlawan dengan negara lain, kesungguhan mereka berlawan menyebabkan kita sebagi penonton akan bersorak keriangan sebab dapat menambahkan mata untuk team malaysia, tapi bila mereka main macam budak baru belajar, ha jawapnya ramai lah penyokong akan kutuk-kutuk mereka dengan cara permainan yang ditunjukkan. macam mana tak kena kutuk, tengah bersemangat nak sokong, tetiba lak kalah. kalah sikit-sikit takpe lah juga, sebab bukan rezeki, tapi kalau kalah teruk, jawapnya mula lah tersiar di akhbar yang malaysia ni itulah, inilah. kan. sebenarnya adat dalam pertandingan, ada menang, ada kalah. tapi kadang kala ada jugak terdengar sok-sek sok-sek orang kita ini, bila menang suka dan bangga tapi bila kalah siap lah habis-habisan mereka kutuk..betul tak?saya sendiri pun kadangkala ada juga terkutuk mereka ni, yelah sebab geram sangat. tapi minta ampun, kutuk itu untuk memberi semangat bukan untuk menjatuhkan nama malaysia. kan..kan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan